Assalamualaikum.
Tahniah kepada sesiapa yang telah diluluskan permohonan pembiayaannya.
Bagi yang belum membuat permohonan PTPTN, korang boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup mengikut IPTA masing-masing.
Sila
klik sini untuk lihat tarikh tutup.
Sebelum nak mohon , WAJIB beli No SSPN di kaunter MAYBANK atau BIMB dulu (Berkuatkuasa 1 Januari 2012)
Lepas tu boleh la buat permohonan kat
SINI
kepada yang dah berjaya mendapat DOKUMEN TAWARAN yang dihantar melalui e-mail masing2 ataupun di laman web PTPTN ,
sila cetak
2 SET DOKUMEN TAWARAN dengan menggunakan kertas A4 yang mempunyai ketebalan
80gsm.
(taknak PRINT 2 SET pon takpe. Boleh PRINT 1 SET + FOTOSTAT 1 SET )
PERHATIAN!
PIHAK PTPTN ADALAH SANGAT TEGAS DALAM MENAPIS PERMOHONAN
untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika urusan perjanjian semasa di IPTA nanti ,
tolong la ikut segala panduan yg dah diberikan.
Bukan ape, takot nanti permohonan tu kena
reject. bila dah
reject nanti kena buat balik. lagi menyusahkan!
yang pasal
watermark(logo) PTPTN tu korang tak payah risau sebab dalam panduan tu je yg ada cakap pasal
watermark nie.
tapi yang PASTI, untuk yg baru punya memang TIADA WATERMARK.
Sebelum isi dokumen, pastikan semua maklumat dalam tu betul.
kalau tersilap bahagian
NAMA ,
AKAUN BANK atau
ALAMAT,
print
BORANG PERUBAHAN MAKLUMAT dan poskan ke alamat PTPTN.
Setiap pindaan mestilah disertakan bersama
salinan dokumen sokongan yg telah disahkan.
Kalau tersilap
KURSUS/PROGRAM atau
NAMA INSTITUSI,
korang kena BATALKAN PERJANJIAN tu dulu.
cara nak batalkan kena print
BORANG PEMBATALAN PERJANJIAN dan faks ke 03-2092 1590 (Unit Call Centre) ATAU hantar ke
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.
Lepas dah faks/pos, tunggu sampai dimaklumkan perjanjian tu dah batal.
macam mana nak tau perjanjian tu dah batal ke belum, korang kena selalu update dengan status dalam senarai pendaftaran. nanti status DILULUSKAN tu akan bertukar kepada MENOLAK PERMOHONAN.
Lepas dah settle yang tu, korang kena apply again. buat macam korang baru nak apply for the first time :)
*Perkara yang sama juga perlu dilakukan kalau korang ada buat pertukaran Universiti, tukar kursus di Universiti tersebut, atau mendapat penaja/pinjaman lain.
untuk sesiapa yg betul maklumatnya dalam dokumen tu,
JANGAN sekali-kali mengisi TARIKH di dalam borang perjanjian PTPTN sehingga hari penyerahan dokumen telah diketahui
hari penyerahan dokumen akan dilakukan semasa korang kat U nanti.
jadi , TIADA SEBARANG DOKUMEN yang perlu
diposkan.
semua akan diuruskan di U masing-masing.
TARIKH yang perlu diisi hanyalah pada bahagian
JADUAL PEMBIAYAAN sahaja.
*kalau ada yang dah tertulis tarikh, boleh potong tarikh tu dan letak sign kat tepi. tapi kalau tak nak nampak kotor surat tu, boleh la print semula.
Sekiranya ibu bapa
tidak mempunyai slip gaji / penyata pencen / Borang J atau pengesahan lain.
Sila print
BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN.
Bagi ibu bapa yg
tidak bekerja , korang boleh buat surat akuan sumpah yg boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.
Pastikan
DUA(2) KEPING SETEM HASIL RM10 dibawa bersama-sama dokumen PTPTN tu nanti.
ada orang tanya macam mana nak matikan setem hasil tu.
Setem tu nanti boleh dimatikan kat U.
Senior korang akan ajar cara nak 'bunuh' setem tu. hehe
so tak payah kalut sangat nak matikan awal-awal ye.
kepada sesiapa yg dah tersilap guna kertas (ketebalan bukan 80gsm)
pastikan kertas tu tidak terlalu nipis. kalau 70gsm MUNGKIN boleh diterima.
tapi masih dikhuatiri permohonan tu akan ditolak.
so, terpulang sama ada korang nak print balik guna 80gsm atau biarkan je.
PTPTN berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor
dan terlalu banyak kesilapan serta saksi yang tidak layak.
SEGALA RISIKO ADALAH DI ATAS TANGGUNGAN SENDIRI.
p/s : mohon jangan tanya apa2 soalan pada aku lagi. sebab takut sistem dan syarat2 dh bertukar.
update ni pun tahun 2012 punya. and aku pun bukanlah ada share apa2 dgn ptptn nih. harap faham ye.
IKLAN JAP --> kepada sesiapa yg nak beli barangan muslimah macam tudung, handsock, stokin n etc, boleh la ke page FB
The Solehahs' and Craft