LOVE . LOVE . LOVE

20120524

bertambah satu lagi angka. ALHAMDULILLAH :')

Salam . . .

24 Mei 2012 / 3 Rejab 1433H

alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulliah.

terima kasih Allah kerana masih memberi aku peluang untuk melihat dunia pada hari ini.

masuk tahun ni, umur pun dah bertukar angka dua kat depan.
memang cepat masa berlalu.
kalau masa zaman belasan tahun dulu aku tak sabar nak jadi 20an nie.
maklumla. nak cepat besar. nak kawen. hahaha. *nampak sangat tak matangnye

ehem. sekarang masanya untuk berubah jadi lebih matang ye.
dulu kalau time birthday aku rasa happy sangatsangat.
sekarang dah tak rasa macam dulu lagi.
mungkin sekarang aku dah mula muhasabah diri. hihi
tak perlu terlalu seronok dengan pertambahan umur.
yang penting syukur itu perlu.
bila umur bertambah, masa yang ada pun dah tak banyak.
bila umur bertambah, benda yg dulu jauh dengan kita pun dah semakin dekat.
macam macam akan jadi bila umur seseorang tu dah mencecah 20an.
graduate dari uni . insyaAllah dapat kerja . tanggung mak ayah . balas jasa mereka walaupun kita tak mampu balas sepenuhnya. dan kalau dah sampai jodoh, kahwin. ada keluarga sendiri. jaga keluarga . jaga parents :)

dalam lingkungan umur macam nie la kita akan sibuk kejar impian kita masa kecik kecik dulu.
fuh. banyaknye yang kena buat. 
jadi janganlah terlalu seronok dah asyik fikir nak kahwin je. haha
banyak lagi yang perlu dilangsaikan sebelum umur bertukar angka 3 di depan.
semoga dengan bertambahnya umur bertambahla juga iman, amal dan ilmu yang ada.

muhasabah diri. 
ingat Allah. 
kuatkan usaha . 
jangan cepat putus asa. 
jauhkan apa yg tak dirasakan perlu. 
jangan kerap buang masa. 
hormat orang sekeliling dan sayangilah mereka terutamanya ahli keluarga kita.


sebelum mengakhiri entri kali ni, aku nak ucapkan banyakbanyak terima kasih kepada semua yg wish + doakan kat fesbuk, SMS, dan juga secara live. 
semoga kalian semua berada dalam lindunganNya dan berjaya dunia akhirat. Ameeenn :)
trimas jugak kepada sahabat kamceng saya Nurul Fariha bt Muhamad @ tuan belog si tinggi kerana telah berjaya membuat air mata nie menitis juga akhirnya. dah lame aku tak cuci mata nie. haha.
semua gara gara entri balas dendam. SAYANG kau !!

Sahabat sampai Syurga ^^

dan kepada yang bagi hadiah, nyanyi lagu happy birthday. buat seprais. tenkiu soooo much u olls!

thanks HAWA :)

Allah Maha Bijaksana.
semoga dengan kesakitan yang diberi pada hari ni dapatlah sedikit sebanyak diringankan dosa dosa yg lampau dan diberikan kekuatan jiwa. 
harapnya aku lebih tabah lepas nie.
insyaAllah ~

" sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya dan baik amalannya "
~ diriwayatkan oleh Imam al Hakim ~

20120522

entah ape ape.

Assalamualaikum dan Salam 1 Rejab.


semoga bulan nie dapat memberikan kesabaran yang tinggi untuk kita sentiasa tingkatkan iman kepadaNya :)

manusia dan dunia.
kalau dah taksub sangat memang parah jadinya.
antara manusia ada yang bertelingkah semata2 nak dipandang tinggi.
orang itu tikam orang nie.
orang ni tuduh orang lain pulak.
fitnah di tabur merata.
semakin banyak mulut yg membawa, semakin banyakla benda yg tak betul akan masuk ke telinga
YES! HYPOTHESIS IS ACCEPTED!

hidup tak sah kan kalau tak kondem orang.
elok elok orang tu kat atas kau jatuhkan ke bawah
memangla hidup ni macam roda.
tapi bukan dengan cari tu kau guna untuk naik atas. 
tipu orang sana sini. 
cakap lain. buat lain.
ketua apa macam tu.
pangkat besar tapi hati ZERO.


kalau lepas nie ada antara si polan ni yg agak agak kurang suka dengan kau jangan terasa lah.
sebab kau dah mainkan perasaan ramai orang. 
adil la kalau takde siapa yg nak bagi kerjasama dengan kau.
anda buat, anda dapat. hukum karma :)
walaupun kau orang atasan, tak bermakna kau boleh senang2 pijak orang bawah kau.




bersabarlah selagi mampu.
orang kata sabar tu ada batasnya.
tapi kalau ada batas tu dah bukan sabar sebenarnya.
sebab sabar yg benar benar sabar takde batasannya.
sabar dan ikhlas datang sekali.
bukan ikhlas namanya kalau hati dah terasa sakit.
semuanya datang dari diri kita sendiri
cermin diri dan ingatlah sebesar besar kita ada lagi yg lebih besar ~


ok. cukup sekadar tu picisan daripada aku. haha.
bunyi macam emo. 
tapi memang akan terasa bahang kehangatan kalau sesiapa yang ada dalam situasi macam ni.

hari nie aku rase free sangat sampai tak tau nak buat ape.
oh. alhamdulillah sebab mid sem exam baru je selesai pagi tadi.
paper pharmacology memang sedap la aku balun. 
anatomy dengan fisio soalan satu dah salah ><
boleh pulak appendix aku samakan dengan pancreas. HAHAHA
mungkin tahap mamai aku sanagat tinggi pada masa tu.

seminggu lagi utk kelas teori.
sebulan lagi untuk klinikal.
semingu kemudian study week.
dan terus ke final exam.
lepas tu......
CUTIIII..!!!!!!!!

 cepat la bulan 7 . . . 

20120504

last day posting~

Salam.


hari ni tamatlah sebulan aku bekerja di ward.
mase first day dulu memang tak sabar nak tunggu 4 Mei ni *memang malas giler la
dan hari ni dah tiba tarikh yang di nanti nanti kan.
alhamdulillah ~
surgery 1 . medical 4 . medical 1
lepas nie lecture kat class macam biase. rutin harian 8 - 5
memang banyak pengalaman baru untuk second sem posting nie.
sebulan akan datang, kena masuk posting balek = ='

oh. tadi patient sampai nangis bila tau hari ni kitorang last day dekat wad.
tacing pulak rasenye . da la pakcik tu comel :(
insyaAllah kalau ade jodoh kita jumpe lagi sebulan akan datang ye pak cik ~

bersama 3rd year student MAHSA College
Terima kasih kepada staff ward yg banyak bagi tunjuk ajar kat kami :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...