LOVE . LOVE . LOVE

20110813

[HARUS BACA] PESANAN UNTUK BLOGGER

Assalamualaikum.

nak tegur sikit boleh tak.
kadang2 bila aku jenguk blog2 orang ni kan.
satu perasaan yang tak seberape indah datang. heh.
ni aku nak bagi tau sebab2 aku idok brape nok gemo blog2 cengginih.

1. PROFILE

aku rase macam agak kureng~~ bile bace status owner blog yg tulis
TAKEN BY HIM or TAKEN BY ....... or TAKEN BY MUCUK/MUNCET and blablabla.
especially belog  kaum hawa. PEREMPUAN okeeeyyy.
secare automatic aku akan rase nak eeeuuuwwwww kat orang macam tu.



INI LANGSONG TAKDE KENE MENGENE DENGAN MASALAH CEMBURU.

kalo tuan punye belog tuh dah kawin aku still bole accept lagik. finee. :)
kalau dah confirm akan kawin pon takpe.
kalau dah tunang pon aku tak kesah.
tapi kalau yang baru setahun jagung or takat duatigatahuncouple tak payah la weyy.
senang cerita selagik korang belom menjadi isteri yg sah tok sah sebok2 nak letak macam tu.

memang aku tau korang bangga tulis TAKEN bagai.
tapi aku tengok kaum sejenis aku nie dah macam tak ade perasaan malu langsung.
suke sangat nak promote pakwe kat blog.
simpan sorang dah la wey.
perlu ke nak tunjuk satu dunie muke boyefriend awak tu?
lagik2 kalau korang blogger ala2 femes.
aku tak tau ape pemikiran orang lain yg tengok.
tapi bagi aku adalah sangat2 tidak matang apabila seseorang blogger mengambil tindakan sebegitu.
kalau anda anda tu masih bersekolah lagi la macam budak tak cukup akal fikiran pulak aku rase.
baru sekolah dah nak tayang pakwe or gejala taken taken ni.
yang dah habis sekolah pulak macam tak menunjuk kematangan anda.
setahu aku perempuan lagi cepat matang dari lelaki.
tapi perempuan jugak yg selalu menunjukkan aksi ketidakmatangan mereka tu.
*
ayat aku memang dah macam rojak habes dah.

boleh tak aku nak nasihat sikit?

sekarang blogger2 perempuan nie macam dah trend nak letak status macam tu.
cube korang letak status macam ni plak.
saya sayang ALLAH.
saya cinta ISLAM.
saya bahagia bersama ALLAH di sisi.


 haa... ade bran?
orang sekarang malu bila nak cakap pasal agama nie.
tapi bab nak tunjuk benda2 maksiat semua dah tak malu.
nak tayang lelaki pon senang.
lepas tu pose dengan mukamuka comel mereka.
ish. tak perlu rasenye ~

2. LAGU

haaaa... ni lagi satu hal yang aku tak berape nak gemar sangat.
kepada para blogger yg rajin letak lagu kt blog anda.
sila make sure yang lagu tu ade button PAUSE besarbesar.
daaaannnnnnnnn.....
letak lagu tu kat sidebar atas sekali tak pon orang masok2 blog dah bole nampak.

tahu tak kenape?
kejadian nie aku yang experience sendiri.
ade satu hari tu mase aku tengah berjalan2 ke blog orang,
tibe2 telinga aku dikejutkan dengan lagu yg teramat kuat dtg dari blog seseorang nie.
bukan lagu tu yg kuat. tapi speaker aku yg kuat.
mase tu aku pasang 100% kottt.
confirm la kuat gilerrrrrr lagu yg aku dengar tu.
time tu pulak pukul 1 pagi.
family aku sume dah tido.
aku pon dah light off. lappy je yg on.
mau tak tekejot berok aku dibuatnye. bergegar jantung aku weyh ~
kuuusssss semangat.....

dah tu aku terkial-kial dok cari mane button pause dia.
cet! tak jumpa pulak!
last2 aku yang terpakse slow kan volume speaker.
wah3. kau dah sakitkan telinga orang lepastu kau nak sakitkan hati orang pulak.
nak tau mane dia letak lagu tu?
kat bawaaaaahhhhhh sekali kat blog dia.
nak kene scroll ke bawah dah satu hal.
mak aiiii. ini memang boleh mendatangkan high blood pressure.
asal nak bukak blog kau je aku kene slow down volume dulu.

terbaek lah kannnn...


nasib baek kau tak letak lagu punk rock, metal or etc..
kalau tak , aku dah boleh kene heart attack dah.
ELOK-ELOK SIHAT TERUS DAPAT PENYAKIT.
huh! tak perlu rasenye ~

3. GAMBAR

ni lagi satu. agak2 kalau korang tak letak gambar korang dalam setiap post boleh tak?
ini setiap post ko nak tepek gamba.
kalau harihari kau post entri baru harihari la orang boleh tengok muka kau tu.
kadang2 aku respect blogger lelaki sebab major diorang tak buat macam tu.
letak satu kat tepi cukup la.
semua orang dah tau rupa kau macam mane.
lain lah kalau kau tetibe buat plastic surgery and muka kau totally change to a new look.
baru lah kau boleh nak show off kat orangramai.
orang masok blog kau nak bace ape yg ko taip dalam tu.
bukan nak menatap wajah kau.

yang paling hampehnye bila kau siap posing dengan style yg
lucah entah hape hape tu.
sampai terjelir2 lidah. apekah?
ape MOTIF weyh?
nak tunjuk lidah kau lawa? or bersih? no bacteria at all? hahahaha.
tak malu ke weh.
kau tu dah la melayu. Islam pulak. cube la sopan sikit bergambar tu.
orang lain pon ade lidah jugak. ade mulut.

yang setiap kali nak posing comel pon aku tak paham gak.
nak besarkan2 mata. nak besar2 kan pipi.


kalau sekali dua buat macam tu still acceptable la.
 tp kalau SETIAP KALI bergamba kau buat macam tu orang lain pon naik menyampah jugak.
kan lagi bagus kalau kau senyum je dalam gambar tu.
lagi manis! betul. aku tak tipu. sejuk hati orang yg tengok.
silap hari lelaki pon boleh terpikat. haha.
daripada korang buat reaction muka yg errrr ~~



4. TULISAN

yang nie memang betol2 menguji tahap minda korang berfikir.
ade blogger2 tertentu yg suka buat short form typing dan bajet semua orang paham ape dia tulis.
apew kaw engat akuw nie power sangat nak bacew ayat2 kaw tuw kew?

hahahaha. ambik kau! dah suka sangat gune huruf W kan?

kadangkadang aku sendiri tak paham ape yg dia tulis walaupon ayat dia takde la panjang mane.
terkial2 aku nak bace. kalau nak shortform tu agak2 la ye.
bukan tak boleh...
tapi biar jelas dan senang orang nak paham.
dan kalau boleh tak payah la anggap cara kau taip blog dengan taip sms tu sama.
dalam sms aku boleh la nak terima ayat 'canggih' tu.
but not in the blog. kalo private blog ok la.
tapi kalo public better jangan buat. silap2 nanti orang akan sakit hati tengok kau tulis macam tu.
nak2 kalau diorang salah tafsir ape yg kau tulis.
lagi bagus kalau korang guna ayat macam biasa je.
tak payah nak bunga2 kan perkataan tu.
bagi aku, seorang blogger yg matang akan menggunakan perkataan penuh dalam blog dia.
kalau taknak baku pon takpe. asalkan tulis kasi penuh dan senang nak sebut.
sangat jelas dan senang orang nak bace.

orait! dah habis kritik dah. hehehehehe. ^____________________^
panjang betol aku komen.

BY THE WAY.....................

aku dulu pun buat jugak macam ape yg aku bebel2 kat atas nie.
yela. mase tu baru lagi dalam dunia blogging nie.
hentam suka hati je. lantak lah ape orang nak cakap.
tapi bila dah lame2 aku sendiri rase tak suka tengok sume tu.
aku pon slow2 buang.
at the end blog aku simple macam nie je la. hahaha.
blog nie memang tak lawa pon.
dan aku pon malas nak cantek kan
aku ubah sikit2 je.
dan yg penting aku langsung tak terase nak naikkan trafik blog nie.
hahahhahaha. MALAS MALAS MALAS.

lastly, aku nak mintak maaf kalau ade yg tak puas hati bila bace entri ni.
yela. manusia kan. ade yg cepat terase. ade plak yg lampi. macam aku kadang2.
entri ni bukan nak kondem sesape.
pape pon ini sekadar renungan dan tips untuk korang dan luahan dari aku
JANGAN MARAH MARAH YE. CHILL!! = ))


@@@@ gambar2 sumber inspirasi dari encik google @@@@



2 orang comel:

MIA H said...

wowowo.. takut lah jadi orang cm gitu.. :)

A I N said...

hehe. jangan. nanti tak pasal2 aku buat post khas untuk kau pulak..hahaha *gurau je. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...