LOVE . LOVE . LOVE

20110825

[UPDATED] PROSEDUR MENGISI DOKUMEN PTPTN


Assalamualaikum.

Tahniah kepada sesiapa yang telah diluluskan permohonan pembiayaannya.
Bagi yang belum membuat permohonan PTPTN, korang boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup mengikut IPTA masing-masing.
Sila klik sini untuk lihat tarikh tutup.
Sebelum nak mohon , WAJIB beli No SSPN di kaunter MAYBANK atau BIMB dulu (Berkuatkuasa 1 Januari 2012)
Lepas tu boleh la buat permohonan kat SINI

kepada yang dah berjaya mendapat DOKUMEN TAWARAN yang dihantar melalui e-mail masing2 ataupun di laman web PTPTN ,
sila cetak 2 SET DOKUMEN TAWARAN dengan menggunakan kertas A4 yang mempunyai ketebalan 80gsm.
(taknak PRINT 2 SET pon takpe. Boleh PRINT 1 SET + FOTOSTAT 1 SET )

PERHATIAN! 

PIHAK PTPTN ADALAH SANGAT TEGAS DALAM MENAPIS PERMOHONAN

untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika urusan perjanjian semasa di IPTA nanti ,
tolong la ikut segala panduan yg dah diberikan.
Bukan ape, takot nanti permohonan tu kena reject. bila dah reject nanti kena buat balik. lagi menyusahkan!

yang pasal watermark(logo) PTPTN tu korang tak payah risau sebab dalam panduan tu je yg ada cakap pasal watermark nie.
tapi yang PASTI, untuk yg baru punya memang TIADA WATERMARK.

Sebelum isi dokumen, pastikan semua maklumat dalam tu betul.
kalau tersilap bahagian NAMA , AKAUN BANK atau ALAMAT,
print BORANG PERUBAHAN MAKLUMAT dan poskan ke alamat PTPTN.
Setiap pindaan mestilah disertakan bersama salinan dokumen sokongan yg telah disahkan.

Kalau tersilap KURSUS/PROGRAM atau NAMA INSTITUSI,
korang kena BATALKAN PERJANJIAN tu dulu.
cara nak batalkan kena print BORANG PEMBATALAN PERJANJIAN dan faks ke 03-2092 1590 (Unit Call Centre) ATAU hantar ke

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah, 
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.


Lepas dah faks/pos, tunggu sampai dimaklumkan perjanjian tu dah batal.
macam mana nak tau perjanjian tu dah batal ke belum, korang kena selalu update dengan status dalam senarai pendaftaran. nanti status DILULUSKAN tu akan bertukar kepada MENOLAK PERMOHONAN.


Lepas dah settle yang tu, korang kena apply again. buat macam korang baru nak apply for the first time :)
*Perkara yang sama juga perlu dilakukan kalau korang ada buat pertukaran Universiti, tukar kursus di Universiti tersebut, atau mendapat penaja/pinjaman lain.

untuk sesiapa yg betul maklumatnya dalam dokumen tu,

JANGAN sekali-kali mengisi TARIKH di dalam borang perjanjian PTPTN sehingga hari penyerahan dokumen telah diketahui

hari penyerahan dokumen akan dilakukan semasa korang kat U nanti.
jadi , TIADA SEBARANG DOKUMEN yang perlu diposkan.
semua akan diuruskan di U masing-masing.

TARIKH yang perlu diisi hanyalah pada bahagian JADUAL PEMBIAYAAN sahaja.

*kalau ada yang dah tertulis tarikh, boleh potong tarikh tu dan letak sign kat tepi. tapi kalau tak nak nampak kotor surat tu, boleh la print semula.

Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai slip gaji / penyata pencen / Borang J atau pengesahan lain.
Sila print BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN.
Bagi ibu bapa yg tidak bekerja , korang boleh buat surat akuan sumpah yg boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

Pastikan DUA(2) KEPING SETEM HASIL RM10 dibawa bersama-sama dokumen PTPTN tu nanti.

ada orang tanya macam mana nak matikan setem hasil tu.
Setem tu nanti boleh dimatikan kat U.
Senior korang akan ajar cara nak 'bunuh' setem tu. hehe
so tak payah kalut sangat nak matikan awal-awal ye.

kepada sesiapa yg dah tersilap guna kertas (ketebalan bukan 80gsm)
pastikan kertas tu tidak terlalu nipis. kalau 70gsm MUNGKIN boleh diterima.
tapi masih dikhuatiri permohonan tu akan ditolak.
so, terpulang sama ada korang nak print balik guna 80gsm atau biarkan je.


PTPTN berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor
dan terlalu banyak kesilapan serta saksi yang tidak layak.
SEGALA RISIKO ADALAH DI ATAS TANGGUNGAN SENDIRI. 


p/s : mohon jangan tanya apa2 soalan pada aku lagi. sebab takut sistem dan syarat2 dh bertukar.
       update ni pun tahun 2012 punya. and aku pun bukanlah ada share apa2 dgn ptptn nih. harap faham ye.

IKLAN JAP --> kepada sesiapa yg nak beli barangan muslimah macam tudung, handsock, stokin n etc, boleh la ke page FB The Solehahs' and Craft

86 orang comel:

Anonymous said...

cuba tanya..

tak ada watermark pun boleh accept ke ?

A I N said...

dokumen utk tahun ni memang takde watermark.
so memang dia akan accept la :)

Unknown said...

Salam,sy tersilap mletak no akaun,sy sudah print borg tu,dan apa maksudnya ia mmerlukan salinan dokumen pengesahan? Dan surat tersbut perlu dhantar ke alamat yg mna satu?

A I N said...

Waalaikumussalam Fieza,

utk pertukaran maklumat,
sila isi borang di bwh ni.
http://www.ptptn.gov.my/docs/BORANG%20PERUBAHAN%20MAKLUMAT_pin%205.pdf

bila dh lengkap, boleh pos ke alamat
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

harap dpt membantu ^^,

Anonymous said...

sy dh terbeli setem hasil dkt lhdn...boleh guna ke??

A I N said...

Dokumen PTPTN memang memerlukan 2 keping setem hasil. setem tu akan dimatikan bila di Uni nanti.

Unknown said...

saya dah isi semua maklumat tpi kenapa status borang saya belum lengkap??saya anak yatim dan anak tunggal jadi penjaga kedua,siapa yg patut sy jadikan??

A I N said...

biasanya kalau status belum lengkap maknanya belum disemak lagi. nanti org PTPTN dah check baru dia akan tukar status tu.

penjaga kedua boleh juga letak nama waris terdekat :)

nura said...

nk tanya,,borang pengesahan pendapatan ni kne hntr dekat pejabat ptptn yang berhampiran ke atau tunggu pihak ptptn datang kt u masing2?

Anonymous said...

borang pengesahan pndptn ni kne hntr dekat pejabat ptptn yang berhampiran ke atau tunggu pihak ptptn datang kt u masing2?

A I N said...

Nura, borang pengesahan pndapatan tu kena hantar sekali dgn dokumen lain masa kat Uni nanti ya :)

Anonymous said...

maaf nak tanya, saya dah isi borang dgn lengkap, hanta borg online tu 31/7. dan status yg d'tulis "belum lengkap" . apa maksudnya?? mmg sy xboleh edit lagi ke ? katanya kna submit 30hri sblm dftar, 1/9/ means 1/8 la saya kna submit? then saya dah submit ni cemana pulak? n dia tulis belum lengkap.. hadoii , mohon pencerahan :(

A I N said...

status 'belum lengkap' tu maksudnya pihak PTPTN belum check lagi permohonan yg dh dihantar. nanti kalau diorang dah check status tu akan bertukar mnjadi sedang diproses ^^

Unknown said...

excuse me...I nak tanya pasal watermark..bila kami akan guna watermark?guna kat mana?untuk apa? thank you...

Qing said...

Nak tanya, bapa saya tiada slip gaji dan telah bercerai dengan mak saya. Jadi apabila saya isikan borang pengesahan pendapatan ptptn itu , perlukah saya isi maklumat mak saya kat butiran pasangan penjaga tu? Memang confusing>< sebab I sekarang stay with my dad.

A I N said...

Chevoi Lai,

Watermark ialah logo PTPTN yg biasanya ada pada setiap page utk document yg kena print out. Kegunaan watermark tu untuk nk confirm yg document kita print adalah original dari PTPTN. Tapi since 2011 mereka dh tak buat watermark ni lagi. So u just ikut arahan macam biasa ^^

A I N said...

Celine Qing,

Kalau awak ditanggung sepenuhnya oleh ayah dan awak stay dgn dia, awak cuma perlu isikan detail mengenai ayah awak saja :)

Unknown said...

saye nk tye kalo da slap isi bhagian gaji kne bli no ptptn bru ke?sebab parents da besara,saye pulak da konfius org besara ni da x de gaji bersih n kasar..mcm mne ek..

Anonymous said...

Bile tarikh tutup nk hantar borang tu??

Ika:) said...

salam . kalau kita tulis amount gaji yang salah nanti kena denda tak ?

Anonymous said...

If parents da x keje cm mne?sy x pham laaa..xde cre lain ke slain g psruhjya tu..

Anonymous said...

Salam akak, nak tumpang tanya, saya dah hantar permohonan dan berstatus 'SEDANG DIPROSES'. Tapi saya tersilap masukkan num akaun, saya dah beli num pin baru dan login, bila nak batalkan permohonan, dia ckp permohonan yang berstatus 'BELUM LENGKAP' , 'SEDANG DIPROSES' , 'DILULUSKAN' atau 'DALAM PEMBIAYAAN' tidak boleh dibatalkan. Jadi macam mana niii????? Harap akak dapat membantu :'|

A I N said...

Maisarah shahidan,
Kalau salah isi bhgian pendapatan kena apply yg baru.

Anonymous,
Tarikh tutup permohonan utk IPTA/IPTS boleh tgk kat link ni
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/tarikh-tutup-permohonan

Ika,
Tak kena denda tapi mungkin permohonan tak diterima sebab bagi maklumat palsu.

Anonymous,
Kalau parents tak bekerja boleh isi borang ni dan hantar sekali dgn surat tawaran masa kt Uni.
http://www.ptptn.gov.my/docs/BORANG%20PENGESAHAN%20PENDAPATAN%20(Pemohon%20Pasangan%20Pemohon%20Penjaga%20Pasangan%20Penjaga)_PIN%201_27022013.pdf

jiha jeremy,
Salam dik, kalau salah nombor akaun tak perlu apply yg baru. Cuma kena isi borang bawah ni
http://www.ptptn.gov.my/docs/BORANG%20PERUBAHAN%20MAKLUMAT_pin%205.pdf

dan hantar ke alamat:-
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah,
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.

harap membantu :)

Anonymous said...

akak, borang pembetulan maklumat tu kena hantar sekarang atau hantar sekali dengan dokumen perjanjian nanti?

A I N said...

hantar sekarang. sebab nanti dia akan tukar maklumat tu dan bg surat tawaran lain.

Athief said...

akak....klu ibu sya tidak bkerja tetapi dapat duit pencen dari arwah suaminya... so ..pendapatan tu nak isi mcm na??

woot woot ;) said...

salam, nk tnye. kalau parents dh pencen, kena kasi surat pgesahan pndptn ke kasi pyata pencen

A I N said...

Athief,
kalau ibu tidak bekerja kena isi surat pengesahan pendapatan dan buat surat akuan tidak bekerja dan terima pencen arwah suami.

woot woot ;),
salam.. kalau ada penyata pencen tak perlu surat pengesahan lagi. hanya bagi penyata pencen je.

Athief said...

nk buat surat akuan tidak bekerja tu camna plk ye??

A I N said...

Athief,
sorry ye bru dpt tau yg sekarang tak perlu buat surat akuan lagi dah. just isi surat pengesahan tu je :)

Anonymous said...

salam nak tnye..surat tawaran tue dpt lpas status diluuskan kn?klo status masih lagi diproses mksudnye blum ade surat twaran perjanjian kn??mohon pencerahan terima kasih

Athief said...

okok...terima kasih ye kak... :)

A I N said...

Anonymous,
Salam.. yup. s urat akan dapat lepas diluluskan. awak kena selalu check email.

Athief,
sama2 ^^

Anonymous said...

Salam nak tanye, kalau saya tersalah isi tahun SPM macam mana ye? Adakah saya boleh berubah dgn memanggil pihak ptptn?

Anonymous said...

salam..sya nk tnya ayh sya sudah bersara n ada kad pesara dan jga dpt duit bersara..dkt borang pendapatan apa yg perlu saya isi pada ruangan gaji..sedangkan ayh saya tidak ada gaji kasar or gaji bersih..dan adakah sya perlu tanda bekerja or tak bekerja kerana ayh sya sudah bersara

A I N said...

Salam.. permohonan dah proses ke belum ye? kalau belum boleh call pihak ptptn utk tukar.

Salam.. untuk yg sudah bersara dan ada kad pesara cuma perlu beri salinan kad pesara sahaja. tak perlu isi borang pengesahana pendapatan.

Anonymous said...

salam..ibu sya surirumah dan ayh sya pesara..dkt borang pendapatan pd mklumat ayh,adakah sya perlu tanda bekerja or tdk bekerja? dan jga ayh sya tdk mmpunyai gaji kasar or gaji bersih tp hanya dpt duit pesara sja..apa yg sya perlu isi pd ruangan gaji ayh sya?terima ksih

A I N said...

salam.. utk ayah awak perlu isikan tidak bekerja dan beri salinan kad pesara. tapi awak perlu isikan juga borang pengesahan pendapatan sebab ibu tidak bekerja. isi utk dua2 ayah dan ibu.

Anonymous said...

jd sya perlu isi 2 borang pengesahan pendapatan? 1 tuk ayh 1 utk ibu

A I N said...

dlm borang pendapatan tu mmg ada utk kedua2 ibu bapa. cuma isikan satu je dan bg salinan kad pesara sekali.

Anonymous said...

hello, sy nak tanya.. dalam borang pengesahan pendapatan PTPTN tu (Bahagian 3-BUTIRAN PENJAGA ) tulis NAMA PEMOHON. sepatutnya tulis nama Bapa or nama kita (yg memohon)?? PTPTN typo ke?? thanks!!!!!! :)

A I N said...

sepatutnya nama penjaga. bukan pemohon. typo lah tu..

Anonymous said...

maaf sy nak tanya., kalau dah print borang pengesahan pendapatan untuk ibu yg tidak bekerja kena ada surat sumpah juga ke? atau tak perlu? terima kasih :)

A I N said...

tak perlu surat sumpah lagi. borang pengesahan dh cukup :)

Anonymous said...

salam..maaf sy nak btya..kat bahagian butiran penjaga..especially kat bahagian gaji kasar & gaji bersih..contoh:
JUMLAH GAJI KASAR SEBULAN(BERDASARKAN SLIP GAJI) RM:....
JUMLAH GAJI BERSIH SEBULAN (BERDASARKAN SLIP GAJI) RM:....
if ayah saya bekerja sendiri & tiada slip gaji..perlu tak isi gaji kasar & gaji bersih tu?jd konfius pulak bila dia cakap berdasarkan slip gaji yg dlm kurungan tu..

A I N said...

Salam..yg tu awak tak perlu isi kalau bapa tiada slip gaji. awak cuma kena isi borang pengesahan pendapatan yg ada kat website PTPTN.

♥niknuranisSyuhada♥ said...

salam..borang pengeshan pendapatan tu x perlukan pengesahan dari sesiape ye?? cuma isi borang tu sahaja ya.

A I N said...

Salam.. Ya tak perlu pengesahan lagi.

Pilihan Tepat, Impian Terpahat said...

Kalau kita suri rumah nak sambung belajar..bole mohon ptptn tak?

Anonymous said...

salam, sy tersilap isi maklumat, sepatutnya saya masuk u 1/9 tetapi sy tersilap masukkan 1/8,.,. bagaimana sy nak betulkan?? status kini 'sedang diproses' tu,.,

A I N said...

Boleh. asalkan menepati syarat pembiayaan. boleh baca kat link ni.

http://www.ptptn.gov.my/gateway/docs/terma%20dan%20syarat_april2013.pdf

A I N said...

Salam. yg tu saya tak sure. sbb kalau sdg diproses nk tukar kena buat permohonan baru. tapi cuba awak tanya pihak PTPTN dulu.

Anonymous said...

Sya tersalah mngisi tmpoh pngajian...tp permohonan dah diluluskan..pa yg perlu sya buat?

A I N said...

kalau tersalah tempoh pengajian biasanya kena buat permohonan baru. sbb mereka tak sediakan borang utk pembetulan maklumat tempoh pengajian.
utk kepastian awak boleh call ihak PTPTN sendiri

Soul Lee Hin said...

salam. tumpang tanya, surat pengesahan pendapatan tu perlukan 1 salinan atau 2 salinan ?

ShahrizalMasli said...

Assamualaikum ,

Saya baru sahaja selesai memohon untuk program integrasi di ipts . tapi lepas je memohon , baru saya perasan ada kesilapan pada maklumat yg sy isi iaitu pada tahun saya menduduki spm . sepatut 2012 tapi disebabkan sy tak perasan ( mungkin terlalu kecil utk diperasan ) dia jadi 2013 secara defaultnya .

dan ibubapa saya bekerja sendiri . saya pun tidak tahu gaji bersih mereka . saya letak sifar pada gaji bersih dan kasar . nk attach borang pengesahan pendapatan tak boleh . diterima ke ?

Apa langkah yang patut sy buat ? buat permohonan baru atau biarkan ?

A I N said...

Soul Lee Hin,
Pengesahan pendapatan perlukan 1 salinan shj.

A I N said...

Shah Rizal,
Waalaikumusslm. Kalau salah isi tahun spm kena apply yg baru. Tp awak blh confirmkan dgn pihak ptptn dlu.
Utk parents yg bekerja sndiri kena isi borg pngesahan je. Dlm sistem isi 0 utk gaji. nanti print borg pngesahan tu dan kepil skali dgn semua dokumen yg perlu hantar di Uni

Anonymous said...

salam..sya nk tnya sya tersalah isi maklumat pengajian, dekat borang pembatalan perjanjian apa yg sya perlu sya isi pada bhagian sebab2 permohonan pembatalan?

sha said...

salam, saya nak tanya ayah saya tak ada slip gaji tapi saya tertulis jumlah gaji dia pada borang tapi bila saya nak betulkan status "SEDANG DIPROSES" adakah saya kena apply yang baru sbb ayah saya tak ada slip gaji

A I N said...

Wsalam..kalau slh isi maklumat pengajian, tick pada box bertukar pengajian..kalau ada salah maklumat lain, tick kat 'lain-lain' dan beritahu apa yg salah.

A I N said...

Sha,
Wasalam..tak perlu apply baru. yg dh tertulis dlm borang tu takpe. nanti masa hantar sertakan sekali borang pengesahan pendapatan.

nieysawhiteapple said...

Salam. Sy tersalah isi maklumat penjaga tu. Sy terletak *bekerja sendiri* maklumat ayah kandung sy dah betul. Lagi satu tahun spm sy pun silap jugak. Skrg ni tawaran dah diluluskan. Masa arus perdana nti akan jadi masalah tak?

Tuan Mohamad said...

ASSALAMUALAIKUM AKAK... SY BRU DPT EMAIL PERMOHONAN DILULUSKAN... TP SATU HABUK XTAU MCM MNE.. NK TNYE NI, DH PRINT SUME NAK KENE STEPLER KE?? THEN DYE ADE CKP Setiap salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis “Kegunaan PTPTN Sahaja”. NI LG LA SAYA XFAHAM... HANTAR PAKAI POS EXPRESS BOLEH KE? HANTAR KE MANE? PLS URGEN :(

A I N said...

nieysawhiteapple,
Wasalam. awak boleh refer pihak PTPTN dulu. sbb kesalahan ni tak boleh tukar guna borang pertukaran maklumat. kadang2 pihak mereka boleh tlg betulkan kesalahan tu masa awak call.

Tuan Mohamad,
Wasalam.. a'ah boleh stapler. yg palang2 tu abaikan je..sbb semua dokumen pengesahan cuma perlukan cop pengesahan shj.
hantar semua dokumen tu masa sesi penyerahan dokumen di Uni. Biasanya setiap Uni akan buat sesi khas utk serahan dokumen PTPTN.

cahaye eika said...

Saya nak isi borang pembatalan perjanjian tapi saya tak tahu nak tulis sebab apa dekat sebab pembatalan tu. Saya dah salah isi borang permohonan. Tapi tiada pula ruang lain-lain untuk saya nyatakan sebab. So macam mana ye???

Anonymous said...

mcm mne nk dapatkn borang pengesahan tidak bekerja secara online??

A I N said...

cahaye eika,
awak isi dekat borg mana ye? dlm borang ni ada column utk lain2
http://www.ptptn.gov.my/docs/Borang%20PTPTN/BORANG%20PEMBATALAN%20DAN%20PENOLAKAN%20TAWARAN%20PEMBIAYAAN%20PENDIDIKAN_PIN.7_18092013.pdf

A I N said...

borang pengesahan pendapatan boleh download di link ini

http://www.ptptn.gov.my/docs/Borang%20PTPTN/BORANG%20PENGESAHAN%20PENDAPATAN%20(Pemohon%20Pasangan%20Pemohon%20Penjaga%20Pasangan%20Penjaga)_PIN%203_18092013.pdf

Anonymous said...

borang apa yang perlu pengesahan ? adakan semua dokumen sokongan perlu pengesahan universiti ? saya keliru dgn pernyataan ptptn yg ada menyatakan salinan dokumen sokongan tidak perlu disahkan. saya keliru..

nieysawhiteapple said...

Ok tq. One more thing, sy smester 1 degree dri tmpat yg sma perlu ke sy lampirkan dokument sokongan surat taman belajar diploma dan surat masih belajar ketika degree. Dlam list dia ada minta surat masih belajar dari u.

A I N said...

tak silap saya semua dokumen sokongan perlu pengesahan. tapi sy tak sure kalau ada perubahan utk yg baru punya.sbb dalam guideline tu ada suruh palang dua je. cuba awak call pihat ptptn utk kepastian

A I N said...

nieysawhiteapple,
tak perlu. sbb awak baru masuk sem 1 kan? surat masih belajar tu kalau awak apply pada sem 2 dan ke atas.

Anonymous said...

Klau gune ketebalan 70gsm utk krts nanti kene reject ke?

A I N said...

reject atau tak bergantung pd pegawai tu. tp kalau tak terlalu nipis ok je.

Unknown said...

assalamualaikum kak..sy bdk ipts buat prmohonn ptptn mlalui on9..prmohonn tuu sy da hntr n sdg diproses tp sy baru prasan yg sy. slah isi negeri klahiran sy ngn taraf kewarganegaraan ayah sy ?? mcm mne ye..hati x snang laa kak,takot kne reject

A I N said...

Waalaikumussalam Nur Azizah,
better awak call pihak ptptn segera dan inform mereka sebelum awak dapat dokumen tawaran.

Anna Arbie said...

salam kak,saya nak buat pinjaman yg kedua sbb yg first saya buat tu tak jadi saya ambil.saya dh beli no pin baru tp lepas saya click pendftran baru dkat account lama tu klua pulak benda ni 'Pelajar yang telah menghantar permohonan tetapi belum diproses ATAU permohonan telah ditolak dikehendaki untuk membatalkan permohonan/pendaftaran sebelum dibenarkan untuk mendaftar no ptptn baru.
Adakah anda setuju untuk membatalkan pendaftaran sebelum ini?' tp pembatalan saya tak diterima.mcm mane ni kak?

A I N said...

Salam Anna Arbie,
maksud pembatalan tak diterima tu dia ada keluar apa2 kat screen yg tulis dh tak boleh batal ke?

Anna Arbie said...

yup,dia tulis kt situ pembatalan permohonan sy sblm ni tak diterima.so,saya tak dapat buat p'mohonan baru.

A I N said...

Anna Arbie,
awak batalkan melalui online ke? ada hantar surat tak?

Anna Arbie said...

ada,baru hari jumaat tu hantar

Anonymous said...

Jika sda membatalkan pembiayaan ptptn ,adakah perlu membayar balik pembiayaan yang telah digunakan?

Anonymous said...

Jika sda membatalkan pembiayaan ptptn ,adakah perlu membayar balik pembiayaan yang telah digunakan?

A I N said...

Anna Arbie,
mungkin dia belum proses lg. sbb awak baru hantar kn. tggu dlm sminggu dlu. kalau tak boleh batal jgk baru call ptptn.

A I N said...

jika sudah buat pembatalan, tetap perlu bayar pembiayaan yg telah digunakan sebelumnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...