LOVE . LOVE . LOVE

20110829

SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA :)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Alhamdulillah ~ akhirnya tamat 29hari kita umat Islam berpuasa.
sedih nak tinggalkan bulan puasa  ='(
tapi raya harus diteruskan jugak. heee

oh ya. aku dah bertahun tak dapat kad raya.
rindu giler dengan zaman anta kad raye dulu2.
tapi hari ni salah seorang kawan baik aku dah berjaya hilangkan rasa rindu tu.
beliau ialah orang sebelah bilik aku mase kat matrik ni bkn org sebelah hantu kt matrik tu

TERIMA KASIH DAUN KELADI
BUAT SAHABAT YANG BERNAMA
 
NORAZREEN BT ABU BAKAR a.k.a. JERIN JERUNG

kau buat sendiri kan kad tu? sila angguk
aku nak tepuk tangan kuat2 nie :)
sumpah tacing giler bile aku tengok kad ni.
tak tau lah kenape.
mungkin aku dah rindu sangat masa kita bersama dulu.
btw, lawa kad tu. kreatif dan sangat bermakne. aku suke! >.<

walaupun kau yg paling suka sakat aku, tapi kau terbaek.
memori sakat menyakat kita takkan pernah aku lupekan.
sejujurnya aku rase nak nangis tengok kad tu.
happy dalam sedih. rindu sangat2!
oke. aku taknak nangis sekarang.

buat yg mngenali diri ini,
saya ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf atas segala silap
yg pernah saya lakukan sama ada secara sengaja ataupun tidak.
kadang2 kita taktau pun kita buat salah kat orang tu.
so, kalau ade terlepas cakap dan yang pernah terase dgn saya janganlah marah2 lagi 
di bulan baik nie sama2lah kita memaafkan satu sama lain

SALAM AIDILFITRI UNTUK SEMUA

 semoga lebaran tahun nie memberi kita seribu makna dan mengajar kita bersyukur kepadaNya
SELAMAT HARI RAYA
dan maaf zahir batin ikhlas dari A I N :)


eh, SALAM MERDEKA jugak! ^__^
                                                                                           

20110827

ENTRI DAPAT HIDAYAH

tiba-tiba hati aku terdetik nak buat entri pasal artis.
tak pernah2 aku buat. haha
tadi aku usha2 la gambar artis. memang takde keje
seronok tengok ramai artis sekarang dah banyak perubahan.
ALHAMDULILLAH ~
kalau ikot ayat yg kita selalu dengar, maksudnya diorang 'dah dapat hidayah'.
TAPI......

HIDAYAH ITU TIDAK AKAN DATANG JIKA
KITA SENDIRI TIDAK MENCARINYA

petikan dari seorang artis popular dan meletops abad ini:
"Memang saya teringin untuk bertudung. Cuma memandangkan saya sudah terikat dengan beberapa komitmen lakonan, imej bertudung ini akan membataskan karakter dan watak yang saya lakonkan pula."

pulak dah.
bertudung itu WAJIB ye wahai R*****.
aku mampu geleng2 kepala je bila ada artis yg cakap macam tu.
lebih rela menanggung dosa demi mengejar kemewahan dunia. hmmm

yg macam ni pon same jugak.

"Insya-Allah saya akan bertudung selepas berkahwin nanti. Masalahnya, masih tiada calon suami."

dah tu kalau tak jumpa calon suami sampai bila-bila maksudnya dia takkan bertudung lah ye?
wah. bijak-bijak artis sekarang menjawab soalan.

macam-macam jawapan yg kita dengar dari mulut mereka.
itulah alasan manusia yg masih mahu membelakangkan agama.
dan inilah realiti zaman sekarang.

sebenarnya siapa2 pon kalau dah bertudung dgn cara yg betul memang nampak cantik.
kalau orang yg dah cantik lagikla double triple cantik. ahaa
serious aku tak tipu. sejuk je mata memandang
serba serbi lawa :)


heliza

farah adeeba

irma hasmie

wardina
farah diana

catriona ross



ramai lagi artis yg dah bertudung.
tapi LAGI RAMAI artis yg masih setia berbangga mendedahkan aset mereka.

sekarang kalau nak tengok artis bertudung mesti sebab director suruh pakai.
tak pon ade kena mengena dengan kes mahkamah. biasanya kes cerai
lagi satu mesti sebab datang majlis2 yg memerlukan diorang bertudung.
tu pun ade jugak yg sekadar nak menutup kepala tapi bukan menutup aurat. haa.. paham tak ayat tu.

alangkah bagus kalau diorang kekal macam nie.

fasha sandha
lisa surihani
diana danielle
fazura
siti nurhaliza



sama-samalah kita renungkan.
        semoga mereka sedar sebelum terlambat.

adik mia dah besar nanti jangan pakai tudung macam nie lagi ye :)

terima kasih encik google di atas sumbangan gambar2 

20110825

[UPDATED] PROSEDUR MENGISI DOKUMEN PTPTN


Assalamualaikum.

Tahniah kepada sesiapa yang telah diluluskan permohonan pembiayaannya.
Bagi yang belum membuat permohonan PTPTN, korang boleh buat permohonan sebelum tarikh tutup mengikut IPTA masing-masing.
Sila klik sini untuk lihat tarikh tutup.
Sebelum nak mohon , WAJIB beli No SSPN di kaunter MAYBANK atau BIMB dulu (Berkuatkuasa 1 Januari 2012)
Lepas tu boleh la buat permohonan kat SINI

kepada yang dah berjaya mendapat DOKUMEN TAWARAN yang dihantar melalui e-mail masing2 ataupun di laman web PTPTN ,
sila cetak 2 SET DOKUMEN TAWARAN dengan menggunakan kertas A4 yang mempunyai ketebalan 80gsm.
(taknak PRINT 2 SET pon takpe. Boleh PRINT 1 SET + FOTOSTAT 1 SET )

PERHATIAN! 

PIHAK PTPTN ADALAH SANGAT TEGAS DALAM MENAPIS PERMOHONAN

untuk mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika urusan perjanjian semasa di IPTA nanti ,
tolong la ikut segala panduan yg dah diberikan.
Bukan ape, takot nanti permohonan tu kena reject. bila dah reject nanti kena buat balik. lagi menyusahkan!

yang pasal watermark(logo) PTPTN tu korang tak payah risau sebab dalam panduan tu je yg ada cakap pasal watermark nie.
tapi yang PASTI, untuk yg baru punya memang TIADA WATERMARK.

Sebelum isi dokumen, pastikan semua maklumat dalam tu betul.
kalau tersilap bahagian NAMA , AKAUN BANK atau ALAMAT,
print BORANG PERUBAHAN MAKLUMAT dan poskan ke alamat PTPTN.
Setiap pindaan mestilah disertakan bersama salinan dokumen sokongan yg telah disahkan.

Kalau tersilap KURSUS/PROGRAM atau NAMA INSTITUSI,
korang kena BATALKAN PERJANJIAN tu dulu.
cara nak batalkan kena print BORANG PEMBATALAN PERJANJIAN dan faks ke 03-2092 1590 (Unit Call Centre) ATAU hantar ke

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL
Lot G2, Tingkat Bawah, 
Wisma Chase Perdana,
Off Jalan Semantan,
Damansara Heights,
50490 Kuala Lumpur.


Lepas dah faks/pos, tunggu sampai dimaklumkan perjanjian tu dah batal.
macam mana nak tau perjanjian tu dah batal ke belum, korang kena selalu update dengan status dalam senarai pendaftaran. nanti status DILULUSKAN tu akan bertukar kepada MENOLAK PERMOHONAN.


Lepas dah settle yang tu, korang kena apply again. buat macam korang baru nak apply for the first time :)
*Perkara yang sama juga perlu dilakukan kalau korang ada buat pertukaran Universiti, tukar kursus di Universiti tersebut, atau mendapat penaja/pinjaman lain.

untuk sesiapa yg betul maklumatnya dalam dokumen tu,

JANGAN sekali-kali mengisi TARIKH di dalam borang perjanjian PTPTN sehingga hari penyerahan dokumen telah diketahui

hari penyerahan dokumen akan dilakukan semasa korang kat U nanti.
jadi , TIADA SEBARANG DOKUMEN yang perlu diposkan.
semua akan diuruskan di U masing-masing.

TARIKH yang perlu diisi hanyalah pada bahagian JADUAL PEMBIAYAAN sahaja.

*kalau ada yang dah tertulis tarikh, boleh potong tarikh tu dan letak sign kat tepi. tapi kalau tak nak nampak kotor surat tu, boleh la print semula.

Sekiranya ibu bapa tidak mempunyai slip gaji / penyata pencen / Borang J atau pengesahan lain.
Sila print BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN.
Bagi ibu bapa yg tidak bekerja , korang boleh buat surat akuan sumpah yg boleh didapati di Pejabat Pesuruhjaya Sumpah.

Pastikan DUA(2) KEPING SETEM HASIL RM10 dibawa bersama-sama dokumen PTPTN tu nanti.

ada orang tanya macam mana nak matikan setem hasil tu.
Setem tu nanti boleh dimatikan kat U.
Senior korang akan ajar cara nak 'bunuh' setem tu. hehe
so tak payah kalut sangat nak matikan awal-awal ye.

kepada sesiapa yg dah tersilap guna kertas (ketebalan bukan 80gsm)
pastikan kertas tu tidak terlalu nipis. kalau 70gsm MUNGKIN boleh diterima.
tapi masih dikhuatiri permohonan tu akan ditolak.
so, terpulang sama ada korang nak print balik guna 80gsm atau biarkan je.


PTPTN berhak menolak dokumen yang tidak lengkap, tidak kemas, kotor
dan terlalu banyak kesilapan serta saksi yang tidak layak.
SEGALA RISIKO ADALAH DI ATAS TANGGUNGAN SENDIRI. 


p/s : mohon jangan tanya apa2 soalan pada aku lagi. sebab takut sistem dan syarat2 dh bertukar.
       update ni pun tahun 2012 punya. and aku pun bukanlah ada share apa2 dgn ptptn nih. harap faham ye.

IKLAN JAP --> kepada sesiapa yg nak beli barangan muslimah macam tudung, handsock, stokin n etc, boleh la ke page FB The Solehahs' and Craft

SEMAKAN KEPUTUSAN e-RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA (IJAZAH PERTAMA) PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012


Kepada pelajar lepasan STPM/Setaraf yang sedang menunggu keputusan       e-rayuan permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik 2011/2012 ,
semakan keputusan boleh dibuat melalui saluran yang telah ditetapkan di laman web UPU atau IPTA berkenaan pada MINGGU KE-3 SEPTEMBER.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada 18 September 2011 mulai jam 12.00 tengah hari.

Keputusan pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat mengikut program pengajian dan IPTA selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Tawaran adalah muktamad. Jika tiada sebarang jawapan diterima dari IPTA sehingga 30 September 2011, maka rayuan tersebuat dianggap gagal.


20110822

ALHAMDULILLAH. ^_____^

oh. bahagianya hari ni.
rasa nak senyum lebar lebaaaarrrrr :)

akhirnya Allah dah makbulkan permintaan aku.
entri nie sambungan dari entri yg nie
aku betol2 tak sangke yg ia akan terjadi.
terharu dan sangat bersyukur.

oke. aku tak bagitau lagi kenape aku cakap macam nie.

sebenarnya kisah nie pasal rayuan aku untuk bertukar ipta..
aku mintak tukar ke UKM untuk course yg sama macam aku dapat sekarang.
dan pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan hangit dari seorang akak nie.
dia suruh aku datang pegi interview hari khamis nie.
tapi sebelum isi fasa 2 UPU dulu aku dah gi interview dah.
aku ingat memang kena gi interview untuk kali kedua utk budak yg kes macam aku nie.
rupenye akak tu pon tak tau aku dah pernah pegi interview.
maybe dia tak check record betol2 kot.

"laa..adik dah pegi ke interview sebelom nie..?"
"a'ah..da pegi dah...tu yg sy pelik kenape nak interview lagi skali.."
"oke2..nanti akak check jap.."

5 minit lepas tu . . .

"adik dari diploma ye?"
"tak lah..sy dari matrik.."
"oo..matrik..ok..adik tunggu jap eh..akak tanye bos akak jap..nanti akak call balik.."

10 minit kemudian . . .

"dik..adik tak payah pegi la interview tu..nanti akak bagi tau bhgian pengambilan pelajar UKM Bangi utk hantar surat tawaran.."
"oh.. oke.. terima kasih kak.."
"sama-sama.. assalamualaikum.."
"terima kasih banyak2 eh kak..waalaikumsalam.."

perghhhh.. terbaiklah! lulus jugak akhirnya.
Alhamdulillah yg teramat sangat.
serious aku masih tak percaya sampai sekarang.
jadi aku dengan ini mengisytiharkan bahawa permohonan aku telah berjaya untuk bertukar universiti ke UKM.
hoooyeaahhh!!

tapi satu hal pulak.
kena apply ptptn lagi sekali.
jadik kelompok 2 la aku nanti.
adeeeiii...
takpelah. yg penting dapat duit. muehehehe.

20110821

ENTRI KHAS UNTUK TEMAN LAMA (TAKDELA LAMA MANA PON)

 specially dedicated to a person named



SITI NUR AMIRA BT HASSAN
untuk tuan punye badan , baik kau sediakan tisu sebelum kau bace. hehe

nie aku buat sikit review pasal dia.
dia nie digelar FaizalTahir mase zaman kitorang kat matrik dulu.
sebab ape? biarlah rahsia.
stock hot stuff. ramai orang nak.
memiliki suare yg sangat nyaring berdesing. haha
berpotensi untuk menjadi seorang pro guitarist satu hari nanti.
walaupun aku tak reti main gitar.
tapi aku suke amek gambar dengan gitar dia.
 terimakasih kawan :)

oh ya, cik mia nie jugak merupakan seorang IR to be.
aku doakan semoga kau berjaya dengan impian yg dah lame kau idamkan tu.
bangga ada kawan macam kau. :)

haa. dia nie orangnye pemalu. *mesti ko kembang bace ayat nie
dalam ganas ada malunye.
dah hot stuff pemalu pulak tu. hehe
tapi kalau time nak bercerita hilang segala malunye. hahaha
itulah teman gossip aku.
  dulu kita selalu 'puji' miss RO** kan . hehe
dari bilik ke bilik kitorang tetap bersama.*jangan pikir lain
dah macam family mase hidup kat matrik dulu.
alamak. rindunye kat kau babe. SERIOUSLY.

dulu aku suke pinjam lappy die.
buat esaimen. buat online. heee
kejap2 mintak beruk kau kan.
lepastu kitorang share jawapan tutor.
dgn istilah lain , COPY. haha
thanks so much sis!

walaupun kita jauh lepas nie.
tapi 'anak' dan 'bapak' takkan pernah putus.
kalau ade story, kita share same2 ye.
aku akan sentiase ingat memori kite mase kat matrik.
  mase sambut birthday kau ,
time kau makan paling lame kat kafe ehem2 tu ,
peristiwa paling gempak mase makan malam kt bilik aku ,
waktu kite prepare untuk jamuan blok ,
mase kite2 sebok plan nak buat si tettt jaohkan diri dari kau
sebab kau asyik kene stalker je ,
and kali pertame kau kenalkan aku dengan big apple. hehe
sampai sekarang aku ingat yg kau pesan suruh beli ALIEN tu.
banyak lagi kenangan setahun kita kat sane.
walaupun kau bukan roomate aku,
tapi kau lah budak wing yg selalu jadi roomate part time. heee

dulu kat matrik kite rapat rapat camtu je.
lepas dah keluar matrik baru banyak dengar story kau.
kita jadi burung hantu same2 setiap malam.
ym sampai pukul 4pagi dengan tulisan merah besar kau tu.
baru rase rapat giler. =')

nanti dah masok u jangan nak gila sangat ye*pesanan utk diri aku sebenarnye
kaulah antara teman aku yg terbaik 
ingat2 lah aku kat sini.
nanti ade jodoh kite jumpe lagik.
tak jaoh mane pon pahang dengan kolumpo nie.*nak sedapkan hati


BEST OF LUCK UNTUK KAU KAT SANA NANTI.
NAMA KAU SENTIASA DALAM DOA AKU.

SAYANG KAU GILA GILA LAH ! ! !

seriously aku paling suke gambar kite yg nie.
aku saje edit bg klasik sikit. ahaha
credit to cikgu fariha a.k.a si tunjang  :)


entry nie aku buat ikhlas dari hati . ayat tacing tapi suci. haha
sebagai tanda membalas dendam untuk entri kau pasal aku.

THANKS A LOT MIA !

^__________^

OWYEAH ! DAH DAPAT WPP !!

tadi aku ambek duit WPP.
fuh. punyela jenuh mencari tempat nak ambik tuh.
semate-mate 1500 punye pasal.
sekarang cek tu dah ada depan mate.
tinggal nak tunaikan je. huhu.

bole tak aku nak HO HO HO HOREEEYYYYY !!!

footnote : aku takkan joli sakan dengan duit tu. thank you encik PTPTN :)

20110820

MANUSIA DAN BUAH. ADA KAITAN KE ?

mungkin ade orang dah tahu dan ade orang baru nak tahu
lepas baca post nie.
zaman sekarang kan dah terlebih maju.
ayat pon dah maju dah.
entah ceruk mane punye ayat yg diorang kaut ntah.
tapi bunyi stylo. dan aku suke. haha

nie aku nak buat post pasal manusia dengan buah.
pernah dengar orang cakap 'jambu' tak?

eleh. tipu lah tak penah.
so, dah dapat agak ape yg aku nk cakap untuk post nie? kalo lampi jugak takpela :)
bukan pasal aku nak promote buah.
bukan jugak sebab nak cakap yg aku suke makan buah seperti encik duri dan mr. rambut
tengok. aku dah merepek meraban sekarang.

meh la aku story.




JAMBU
istilah nie biasanye digunakan untuk lelaki yang mempunyai paras rupa yg terlebih comel , berkulit cerah , dan orang tu biasanye ade style yg boleh menarik perhatian perempuan untuk usha lelaki tu.
biasanye orang macam nie memang stock hot stuff la.
Tapi, ade jugak orang yg tidak reti menggunakan keJAMBUan mereka lalu mereka tersasar dari jalan kebenaran. senang kate GAY.
kalau tak gay jadik PLAYER pulak. maklum la. dah ramai perempuan dok kejar.
jadi cuba lah untuk setia. tetibe je
tapi jangan nak bangga sangat la kalau orang cakap kau jambu batu.
tak perlu nak bajet hot sangat.
semua orang pun same je.
cuma kau ada kelebihan yg Allah bagi dari segi rupa.
so?? BERSYUKURLAH dan cubalah jadi diri kita tanpa perlu bertopengkan ape2 :)





BETIK
ini pon gelaran untuk lelaki jugak. untuk sesiape yang taktau lagi, lepas nie korang dah tau.
BETIK nie biasenye digunakan apabila seorang lelaki yg rapat dengan sorang lelaki lain yg sebaye dengan dia. maybe lebih kurang macam adik or abang angkat (bagi lelaki).
tapi mesti yg sebaye la. hidup macam belangkas. ke sana ke sini berdua. macam GAY pon ade jugak.
tapi banyak je yg masih suci. hohoho.


kebanyakan istilah nie digunakan untuk lelaki la.
aku teringin nak tau siape pencipte name2 tu.
dan ape kaitan buah tu dengan yg dikaitkan?
paham tak soalan aku?

tapi setakat tu je yg aku tau.
kalau ade salah tolong betulkan ye.
rasenye ade lagik.
aku pernah dengar. tapi sekarang aku dah lupe. haha

ahah. ade lagik satu.
tapi yg nie aku tak berani nak komen.
sebab nanti kene kondem.





amacam?? *angkat kening

[WAJIB BACA] ADA DARA?? LU KOLOT !

ehsan google

perrghh.   perghhh.   perrrrgghhhhhh !!!!

first time aku tengok Vlog budak nie teros aku like gilegile dgn budak yg aku taktau berapa umur dia sekarang.
entahentah sebaye. hahaha
em. aku panggil kau sis je la ek?
gila berani kau . aku tabik spring tilam vono , sweetdream ape kebende ntah lagik dengan orang yang sangat berani meluahkan rasa yang sebelum nie aku pon rase gak camtu.
dan sekarang aku pon rase bengang tahap gaban punye.
thanks sis sebab dah tolong luahkan semua tu.
aku sokong sangat dengan ayat kau pasal B*D*H tu.
sile la paham kau B*D*H !! haha


THIS IS THE BEST BRO ! ! ! !
seriously minah tu yg kolot , otak letak kat lutut , mulut dah lama tak makan cili , and tak pernah kena kaki.

aku pon tak paham ape kejadahnye orang2 macam tu berkata sedemikian.
entah ape yang dibangga sangat pon aku tak tau.
agaknya bila dia dah jadi mak nanti baru nak insaf kot.
tu pon kalau dia insaf la. haish.
takot tengok remaja sekarang.
maruah pon boleh buat main. astaga.

btw, tahniah untuk kau sis.
tapi kalau kau bertudung lagi cun + comel. ^ ^

p/s : dettol tu memang COOL GILER ! memang dah lame aku teringin nak beli benda tu.

20110819

ANTARA TIGA

sekarang aku diberi tiga pilihan.

mane satu yg aku nak aku pon tak tau.

hmmm.

p/s : nie bukan entri merebut lelaki.

20110818

PERBEZAAN LAMAN SOSIAL ORANG POPULAR DENGAN KURANG POPULAR

zaman sekarang tak kira korang popular ke tak dah jadi perkara biasa untuk seseorang tu memiliki laman sosialnya yang tersendiri. contohnya facebook.
orang cakap tak sah kalau orang sekarang nie takde facebook. orang lain la cakap bukan aku yg cakap.

bila ade orang tanye 'kau ade fb tak?' , kalau orang tu cakap takde mesti ade yg macam.........

"serious kau takde fb??? macam mane kau hidup ha????"
"ye ke takde?? tipu lah... =,=" "
"betul ke kau takde fb?? tapi aku pun takde jugak..hahaha" *ade ke orang camtu?

haaa.. see? betapa pentingnya ada social network untuk orang zaman sekarang nie.
ape guna semua tu??
mestilah sebab nak tambah kawan.
err... ye ke? atau korang nak stalk orang lain?
tak pun nak kasi glamer kat diri sendiri.
atau pun ade la alasan masing2.

tapi aku bukan nak cerita pasal kepentingan ade benda alah nie.
aku cuma nak compare ape beza laman sosial orang popular dengan yang kurang/tak popular.
contoh yg aku ambik Facebook.


ORANG POPULAR
  • rajin update status pasal diri sendiri
    eg : i nak shopping lepas nie , baru bangun tido , demam . . .

  • ramai giler orang 'like'
    eg : kalau orang tu tulis status not feeling well , mesti ramai gile yg like.
    aku pon tak tau ape kejadahnya diorang like semua tu. orang tu sakit pon kau suka jugak eh.
    ade pulak tu yg like lepas tu komen semoga cepat sembuh. *lagik la aku tak paham.
    status merepek pon orang boleh like. hmm. . .

  • jarang sangat2 nak reply comment
    eg : bila orang tu post status good morning! , mesti berjuta2 orang nak komen dan like.
    tapi satu komen pon dia tak pernah reply. mungkin pernah tapi mungkin sebulan sekali. tu pon kalau dia nak la. kesian pulak dekat siapa yg komen tu.

  • selalu letak gambar HOT
    ini tak semua. tapi majority memang macam tu. nak2 lagi kalau perempuan.
    huh. habis satu folder tu ditayangnya gambar dia yg tak cukup kain + muka muncung sedepa + pose hot gile . adela dalam 1++ gambar dalam folder tu.
    then, orang2 yg tengok nie pon pegilah komen kat gambar dia tu.
    cantiknyeee , so cute laa , HOT ! , nak kenal boleh? , memang cun habes!
    walaupon orang tu takde cun/comel/kacak mane pon, tapi disebabkan dia fofuler dia dapatlah pujian yang menggunung2 tuh. untung laaaa ~ ~

  • mesti ramai yang nak singgah wall dia
    dari pagi sampai malam 24/7 mesti ade orang yg akan tulis ape2 kat wall si polan tu.
    eg : i suka lah cara u dressing , anak i pon dah pandai tiru cara u ,  I LOVE U blalabla , awwww! you're soooooo handsome! ,  . . . .

ORANG KURANG/TAK POPULAR
  • kadang rajin kadang malas nak update status. ade tu sebulan sekali. ade plak yg tak tau nak update ape kat status dia
    eg : Selamat menyambuat Ramadhan Al-Mubarak , pastu bulan depan tau tau je status teros tuka SELAMAT HARI RAYA. ahahaha

  • sikit sangat orang yang 'like'
    kadang2 takde orang pun nak like status dia. melainkan dia post something yg best , current issue atau ape2 yang boleh buat orang suka dengan status tu. tapi time macam nie baru la orang boleh tau kau tu betul2 suka dengan ape yg dia post tu atau tak. kalau setakat like 'kosong' je . . . emmm

  • mesti balas komen
    ahah! diorang nie la orang yg paling menghargai orang2 kat sekeliling .
    lepas sorang komen, die pon reply balik komen tu.
    kalau ade 10 orang, semua komen tu la dia reply. terlebih masa la katekan.
    tak macam orang popular tadi.

  • orang buat tak tau dengan fb dia
    selagi status dia tak keluar dekat home takdela orang tu nak jenguk.
    letak la status ape pon. sakit ke. tengah putus cinta ke. tengah frust giler2 ke. ade siapa nak komen?
    kalau dah ternampak depan bijik mate baru lah datang orang nak like dan komen. kalau tak ? kirim salam laa ~

  • gambar bajet HOT
    hahaha. biasenye orang popular dengan yang tak memang suka letak gambar2 macam ni.
    so, aku dah malas nak komen banyak. biarlah mereka saja yg mempunyai perasaan yg terlebih. ahaha.
nie semua pada pandangan aku je. dan tak semua orang macam nie.
so, jangan ade siape2 terasa lah ye.
untuk yg popular, janganlah sampai lupa dunia pulak.

sekian. thanks for reading.

20110815

WANG PENDAHULUAN PTPTN [ENTRI KHAS UNTUK PELAJAR LEPASAN MATRIKULASI/STPM/DIPLOMA]

Entri kali nie khas untuk pelajar2 yg akan mendaftar untuk kemasukan Diploma atau Ijazah Pertama di Politeknik dan IPTA pada tahun 2012.




Sebelum tu, marilah kita berkenalan dulu dengan Wang Pendahuluan PTPTN (WPP) ni.

Apa itu WPP?
WPP merupakan sebahagian daripada jumlah pembiayaan pendidikan yang diberikan lebih awal untuk persiapan pelajar sebelum mendaftar masuk ke IPT.

Syarat-syarat kelayakan untuk dapat WPP?

1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan seisi keluarga kurang daripada RM4,000
3. Belum pernah menerima WPP atau pembiayaan PTPTN

Kalau korang dah rasa layak boleh dapat WPP nie, boleh klik link bawah nie dan tunggu depan pintu rumah sampai Mr. posmen datang bagi cek. InsyaAllah dalam masa 2 minggu sebelum korang daftar IPTA cek tu akan sampai :)


tapiiiiiii.........
WPP nie hanya untuk orang yg dah tick box untuk terima duit nie mase zaman korang isi UPU dulu.
kalau tak tick bolehlah korang ucapkan selamat tinggal romeo untuk WPP nie. heheheh

eh2 , ade tapi lagik...
untuk info bakal2 penerima duit nie,
duit nie bukan duit free ye kawan2.
pandai pakai , pandai lah pulang balik :)
tapi korang tak perlu bersusah payah datang ke pejabat PTPTN untuk serah balik duit tu.
sebab pakcik PTPTN secara automatic akan deduct duit yg korang terima tu setiap semester bila dah masuk U nanti.
satu sem tolak RM500.
nanti dah masok U bila check duit PTPTN tu jangan tekejot pulak tibe2 korang tengok duit dalam tu macam terkurang.
padahal korang punyelah enjoy mase pakai duit 1500 tu.

bagi pelajar yg rasa dia tak perlukan duit tu bolehla kasi kat aku  reject cek tu dengan memulangkan kembali ke pejabat PTPTN.
kalau tak pulangkan korang dianggap bersetuju terima cek tu dan akan ditolak la duit PTPTN dalam 3 sem korang kat U.
nanti ade lah dia suruh pos or ape2 lah.

dah paham?
kalau nak tanya ape2 bolehla tanye kat komen.
kalau nak kasi duit tu kat aku bolehla send kat email ye. hahahaha

LATEST UPDATE ! mulai tahun ini anda hanya perlu ke CIMB Bank untuk menunaikan cek tersebut dengan membawa MyKad DAN waran WPP yang diterima :)

p/s : makin lama makin senang nak dapat duit. time aku dulu siap kena pergi ambik kat ADUN/parlimen lagik u ollls! :)

20110814

5 AYAT PEREMPUAN ADA UDANG DISEBALIK MEE


FINE

ayat nie kerap digunakan perempuan untuk menghentikan pergaduhan dan bila dia rasa dia betul.
dan ayat nie jugak akan digunakan perempuan bila dia dah penat nak membebel panjang2 kat si lelaki yg tak nak mendengar kata langsung. tak pon dia dah betol2 sakit hati dengan lelaki tu.
bila si perempuan dah keluarkan ayat "FINE..." nie , jangan cube nak kata ape-ape.
biasanya perempuan memang betol2 tengah HOT a.k.a marah time nie.


LIMA MINIT
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH (dengan kening biasa) Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.

MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu.


perempuan nie suka berbunga-bunga dan kebanyakan perempuan lebih bersifat tersirat daripada tersurat.
berbanding dengan lelaki yang suka menggunakan bahasa 'tersurat' mereka.
kadang2 apa yg lelaki cakap tu betul tapi disebabkan terlalu direct menyebabkan perempuan nie terasa hati.
sensitif punye pasal. tapi perempuan diam je.
lebih suka memendam daripada meluahkan.

ORANG BERSALAH MEMANG SUSAH NAK MENGAKU SALAH

tengahari tadi aku tengok rancangan ketuk-ketuk Ramadhan yg dihoskan Sheila Rusly.
siape yg tengok tadi mesti tau sape selebriti yg dijemput utk join masak2 tu.

die dah penah ade kontroversi pasal video clip LUCAH PANAS yg diarahkan oleh dia sendiri.
tak perlu la aku nak sebut siape. rasenye majority dah tau pasal dia.

aku ingatkan dia dah boleh nak terima kritikan dari orang lain.
ye la. hari tu dah buat press conference pasal die mintak maaf kat blogger2 and bla3..
tapi tadi setiap kali Sheila Rusly persoalkan pasal VC tu mesti die macam cacing kepanasan.
tak habes2 cakap . 'alaaa.. tak payahla...'
sambil buat muke yg menampakkan dia memang bersalah.
banyak kali pulak tu.

haish. tak paham pulak aku.
ape salahnya kalau dia cakap je perkara sebenar.
mase tu la orang nak tengok kau confess depan tv.
ini tidak. lagi die nak tutup kesalahan dia.
OBVIOUS GILER BOLEH TAK??

bila kau bagi respon macam tu lagi la orang bertambah meluat.
tolongla paham ~ ~ ~


20110813

[HARUS BACA] PESANAN UNTUK BLOGGER

Assalamualaikum.

nak tegur sikit boleh tak.
kadang2 bila aku jenguk blog2 orang ni kan.
satu perasaan yang tak seberape indah datang. heh.
ni aku nak bagi tau sebab2 aku idok brape nok gemo blog2 cengginih.

1. PROFILE

aku rase macam agak kureng~~ bile bace status owner blog yg tulis
TAKEN BY HIM or TAKEN BY ....... or TAKEN BY MUCUK/MUNCET and blablabla.
especially belog  kaum hawa. PEREMPUAN okeeeyyy.
secare automatic aku akan rase nak eeeuuuwwwww kat orang macam tu.



INI LANGSONG TAKDE KENE MENGENE DENGAN MASALAH CEMBURU.

kalo tuan punye belog tuh dah kawin aku still bole accept lagik. finee. :)
kalau dah confirm akan kawin pon takpe.
kalau dah tunang pon aku tak kesah.
tapi kalau yang baru setahun jagung or takat duatigatahuncouple tak payah la weyy.
senang cerita selagik korang belom menjadi isteri yg sah tok sah sebok2 nak letak macam tu.

memang aku tau korang bangga tulis TAKEN bagai.
tapi aku tengok kaum sejenis aku nie dah macam tak ade perasaan malu langsung.
suke sangat nak promote pakwe kat blog.
simpan sorang dah la wey.
perlu ke nak tunjuk satu dunie muke boyefriend awak tu?
lagik2 kalau korang blogger ala2 femes.
aku tak tau ape pemikiran orang lain yg tengok.
tapi bagi aku adalah sangat2 tidak matang apabila seseorang blogger mengambil tindakan sebegitu.
kalau anda anda tu masih bersekolah lagi la macam budak tak cukup akal fikiran pulak aku rase.
baru sekolah dah nak tayang pakwe or gejala taken taken ni.
yang dah habis sekolah pulak macam tak menunjuk kematangan anda.
setahu aku perempuan lagi cepat matang dari lelaki.
tapi perempuan jugak yg selalu menunjukkan aksi ketidakmatangan mereka tu.
*
ayat aku memang dah macam rojak habes dah.

boleh tak aku nak nasihat sikit?

sekarang blogger2 perempuan nie macam dah trend nak letak status macam tu.
cube korang letak status macam ni plak.
saya sayang ALLAH.
saya cinta ISLAM.
saya bahagia bersama ALLAH di sisi.


 haa... ade bran?
orang sekarang malu bila nak cakap pasal agama nie.
tapi bab nak tunjuk benda2 maksiat semua dah tak malu.
nak tayang lelaki pon senang.
lepas tu pose dengan mukamuka comel mereka.
ish. tak perlu rasenye ~

2. LAGU

haaaa... ni lagi satu hal yang aku tak berape nak gemar sangat.
kepada para blogger yg rajin letak lagu kt blog anda.
sila make sure yang lagu tu ade button PAUSE besarbesar.
daaaannnnnnnnn.....
letak lagu tu kat sidebar atas sekali tak pon orang masok2 blog dah bole nampak.

tahu tak kenape?
kejadian nie aku yang experience sendiri.
ade satu hari tu mase aku tengah berjalan2 ke blog orang,
tibe2 telinga aku dikejutkan dengan lagu yg teramat kuat dtg dari blog seseorang nie.
bukan lagu tu yg kuat. tapi speaker aku yg kuat.
mase tu aku pasang 100% kottt.
confirm la kuat gilerrrrrr lagu yg aku dengar tu.
time tu pulak pukul 1 pagi.
family aku sume dah tido.
aku pon dah light off. lappy je yg on.
mau tak tekejot berok aku dibuatnye. bergegar jantung aku weyh ~
kuuusssss semangat.....

dah tu aku terkial-kial dok cari mane button pause dia.
cet! tak jumpa pulak!
last2 aku yang terpakse slow kan volume speaker.
wah3. kau dah sakitkan telinga orang lepastu kau nak sakitkan hati orang pulak.
nak tau mane dia letak lagu tu?
kat bawaaaaahhhhhh sekali kat blog dia.
nak kene scroll ke bawah dah satu hal.
mak aiiii. ini memang boleh mendatangkan high blood pressure.
asal nak bukak blog kau je aku kene slow down volume dulu.

terbaek lah kannnn...


nasib baek kau tak letak lagu punk rock, metal or etc..
kalau tak , aku dah boleh kene heart attack dah.
ELOK-ELOK SIHAT TERUS DAPAT PENYAKIT.
huh! tak perlu rasenye ~

3. GAMBAR

ni lagi satu. agak2 kalau korang tak letak gambar korang dalam setiap post boleh tak?
ini setiap post ko nak tepek gamba.
kalau harihari kau post entri baru harihari la orang boleh tengok muka kau tu.
kadang2 aku respect blogger lelaki sebab major diorang tak buat macam tu.
letak satu kat tepi cukup la.
semua orang dah tau rupa kau macam mane.
lain lah kalau kau tetibe buat plastic surgery and muka kau totally change to a new look.
baru lah kau boleh nak show off kat orangramai.
orang masok blog kau nak bace ape yg ko taip dalam tu.
bukan nak menatap wajah kau.

yang paling hampehnye bila kau siap posing dengan style yg
lucah entah hape hape tu.
sampai terjelir2 lidah. apekah?
ape MOTIF weyh?
nak tunjuk lidah kau lawa? or bersih? no bacteria at all? hahahaha.
tak malu ke weh.
kau tu dah la melayu. Islam pulak. cube la sopan sikit bergambar tu.
orang lain pon ade lidah jugak. ade mulut.

yang setiap kali nak posing comel pon aku tak paham gak.
nak besarkan2 mata. nak besar2 kan pipi.


kalau sekali dua buat macam tu still acceptable la.
 tp kalau SETIAP KALI bergamba kau buat macam tu orang lain pon naik menyampah jugak.
kan lagi bagus kalau kau senyum je dalam gambar tu.
lagi manis! betul. aku tak tipu. sejuk hati orang yg tengok.
silap hari lelaki pon boleh terpikat. haha.
daripada korang buat reaction muka yg errrr ~~



4. TULISAN

yang nie memang betol2 menguji tahap minda korang berfikir.
ade blogger2 tertentu yg suka buat short form typing dan bajet semua orang paham ape dia tulis.
apew kaw engat akuw nie power sangat nak bacew ayat2 kaw tuw kew?

hahahaha. ambik kau! dah suka sangat gune huruf W kan?

kadangkadang aku sendiri tak paham ape yg dia tulis walaupon ayat dia takde la panjang mane.
terkial2 aku nak bace. kalau nak shortform tu agak2 la ye.
bukan tak boleh...
tapi biar jelas dan senang orang nak paham.
dan kalau boleh tak payah la anggap cara kau taip blog dengan taip sms tu sama.
dalam sms aku boleh la nak terima ayat 'canggih' tu.
but not in the blog. kalo private blog ok la.
tapi kalo public better jangan buat. silap2 nanti orang akan sakit hati tengok kau tulis macam tu.
nak2 kalau diorang salah tafsir ape yg kau tulis.
lagi bagus kalau korang guna ayat macam biasa je.
tak payah nak bunga2 kan perkataan tu.
bagi aku, seorang blogger yg matang akan menggunakan perkataan penuh dalam blog dia.
kalau taknak baku pon takpe. asalkan tulis kasi penuh dan senang nak sebut.
sangat jelas dan senang orang nak bace.

orait! dah habis kritik dah. hehehehehe. ^____________________^
panjang betol aku komen.

BY THE WAY.....................

aku dulu pun buat jugak macam ape yg aku bebel2 kat atas nie.
yela. mase tu baru lagi dalam dunia blogging nie.
hentam suka hati je. lantak lah ape orang nak cakap.
tapi bila dah lame2 aku sendiri rase tak suka tengok sume tu.
aku pon slow2 buang.
at the end blog aku simple macam nie je la. hahaha.
blog nie memang tak lawa pon.
dan aku pon malas nak cantek kan
aku ubah sikit2 je.
dan yg penting aku langsung tak terase nak naikkan trafik blog nie.
hahahhahaha. MALAS MALAS MALAS.

lastly, aku nak mintak maaf kalau ade yg tak puas hati bila bace entri ni.
yela. manusia kan. ade yg cepat terase. ade plak yg lampi. macam aku kadang2.
entri ni bukan nak kondem sesape.
pape pon ini sekadar renungan dan tips untuk korang dan luahan dari aku
JANGAN MARAH MARAH YE. CHILL!! = ))


@@@@ gambar2 sumber inspirasi dari encik google @@@@



20110810

mimpi :)

Alhamdulillah. dah berape hari kita berpuasa? ha. kira la sendiri. hehe. dah 10 Ramadan dah.
TAHNIAH untuk yang berpuasa penuh. =D

hari ni nak cerita pasal mimpi.

orang cakap mimpi tu mainan tido.
dan biasanya apa yang kita mimpikan tu akan jadi sebaliknya di dunia realiti.
betul ke?
macam mana pula kalau ALLAH bagi petunjuk dalam mimpi?
petunjukNya dalam mimpi akan membantu kite kat atas dunia nie.

kalau kita tak minta DIA tunjuk maksudnya apa yg kita mimpi tu akan jadi bertentangan ke?

haish ~

20110804

sakit oh sakit

demam dari first ramadan sampai sekarang memang satu dugaan.

rase nk buang hidung ni sekejap. pastu pakai balik. haha

haish. bila la nak dapat tau keputusan nih.

aku dah excited nak buat med check up neh. ~~~




20110801

puase yok!

ahaa.. bulan RAMADHAN telah pon tiba dengan selamatnye.

cepat betul mase berlalu. tak rase macam nak puase pon. hehehe

anyway, selamat berpuase guys! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...