LOVE . LOVE . LOVE

20110917

dalam KESEDIHAN terselit KEINDAHAN

setelah hampir 5 bulan terpisah dengan kawankawan terbaik mase kat matrik.
akhirnya kami dipertemukan semula.
sape lagi kalau bukan budak wing tersayang.
sangat happy + excited + kecoh gile!
tarikh keramat 160911 takkan aku lupekan.
seharian shopping dgn diorang padahal aku tak beli hape pon
diorang semua kat UM.
so senang nak meet.
dalam kl je.
memang hilang rindu lah!
thanks korang ~
dah lama sangat aku tak gelak macam semalam.
korang memang dah banyak menambah kemanisan di muke aku ni  
ape aku merapu daaa ~
 
 
SAYANG GILER KAT KORANG!! 


 
sorry tak dapat nak tido ngan korang malam tadi.
next time oke.
tunggu jela mase aku nak ceroboh bilik salah sorang dari korang nanti.
muahahahaha :D
tapi terase kurang jugak sebab ahli wing tak cukup :(
bile la dapat kumpul ramairamai lagi ~

20110915

aku pulang . . .

Assalamualaikum.


Alhamdulillah bertemu kita lagi di rumah. hehe
Seronok dapat balik rumah lagi.
walaupun jarak hanyelah sekangkang kera dari uni.
tapi aku still rindu kat rumah.
aku bukan homesick. tp entahla.
aku rase lagi best menghabiskan masa kat rumah sendiri.
maybe sebab aku blom kamceng dengan housemate lagi.
lagipon aku duduk dengan tigaorang senior third year.
mane la nk rapat sangat kan.
dari segi umur dah confirm jaoh dalam tigaempat tahun kan.
so aku nie jadi shy shy cat la kat sane.
kalau dapat member macam budak matrik dulu memang aku sanggup tak balik rumah berbulan2.
tengokla kat melaka dulu. brape bulan skali baru aku balik.
serious aku masih rindu kat mereka.
lagi2 bila dah dekat uni :(

tapi bile dok dengan kawan tak brape nak kamceng nie lagi mmbuatkan aku nk balik rumah walaupun takdepape aku nak buat kat rumah. haaaaa
dapat imagine tak camne situasi aku? hehe

hmmm
so far blaja macam kene electric shock jugakla.
aku ingat blajau nursing neh takdela susah macam medic.
ini aku tengok 2kali5 je. perghhh!!!!
terbaek la kan.
blajau biochem, microbio, parasit . . . n macam2 lagi.
amek kau..
bedesup2 input masok dalam satu mase.
memori aku dahla agak lemah.
nie baru first week kelas.
haish. memang mencabar.
sekarang memang aku tabik giler dgn student nursing.
dulu macam nak taknak je pandang.
bile dah tau ape kena blaja baru terbeliak bijik mate aku.
memang susah macam dokte!

naseb badan la nak kene blaja semua tu. . . . . . .

oh ya, esok nak date dengan budak wing matrix . .
can't wait for tomorrow..
bonda, jerin, zainab, zatul.. i really miss u guys :')
hope we'll enjoy tomorrow.
inilah besnye bila dah dapat uni dekat2. hoho

20110911

4 HARI PERTAMA (MY NEW CHAPTER)

PENAT!!!!!

itu je la yg mampu aku luahkan sepanjang the first 4 days aku jadi freshie ~
tapi overall best. sebab kampus aku kt cheras(kecik kemetot), so kitorang dapat jalan ke kampus kl ngan bangi time ade majlis rasmi. hoho
best giler!!
dapat jumpe member gile2 time kat matrik dulu mase aku gerak ke bangi.
eksaited bukan main kitorang. kecoh!
da la jumpe kat masjid lak tu. pastu nak huhahuha.
nampak ketidaksenonohan disitu ye. ahaha

and and and aku nak bagitau yg aku tak expect langsung dapat dok luar.
name je Kolej Tun Dr. Ismail (KTDI) , tp aku dok kat apartment luar kampus.
kalau nak name glamer kondo lah ye.
pergh! teruje gile dapat dok kondo! hahaha. macam kambing masok klcc la jugak mase tuh.
taktau lak student pompuan nursing memang kena dok luar.
nie bukan nak show off.
tapi nak tunjuk yg aku sangat tak sangke aku dapat dok tempat yg mewah secara tiba-tibanya.
aku mane lah penah masok tempat mewah camtu.
tapi aku share rumah ngan senior la. huh, sangat cuak dengan mereka.

orientasi kitorang blom abes lagik sbb dis year kitorang jadi first batch yg ada bulan mesra pelajar.
kalau dulu minggu mesra pelajar je. so orientasi seminggu jela.
start dis year dah tuka jadi sebulan. tapi minggu nie jela orientasi yg penat2.
lepas nie dah takde dah.
cuma tinggal nak urus pasal jadual, kursus n blablabla jela lagi ~

setakat nie sumenye oke je.
aku nie je yg demam dari hari daftar ari tuh.
haish.....

kepada kawankawan first year, SELAMAT BELAJAU BALIK! >.<

20110903

SELAMAT DATANG KE FASA BARU SEBAGAI PELAJAR

Assalamualaikum.

raye tahun nie bagi aku cuma biasa2 je.
sebab asyik memikirkan pasal nak masok U yg tinggal beberapa hari je lagi.
untuk mereka yg senasib macam aku, mesti takde semangat nak masok U.
biaselah. awal2 kan. sume MALAS jee.
kepada yg blom pack barang lagi, boleh geng dgn aku. haha


tahniah untuk semua yg berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading.
satu tempat yg akan menentukan mase depan kita nanti.
universiti mana tak penting, tapi diri sendiri yg kita kena perbetulkan.
ade yg 2tahun, 3tahun, 4tahun dan ade jugak yg 5tahun kat U.
dah dapat masok U jangan nak show off sangat.
sebab ada ramai lagi yg belum ade rezeki utk dapat peluang nie.
kesian kat diorang.

utk yg tunggu e-rayuan, keputusan akan keluar sama ada 17 atau 18 September nie.
tunggu je lah tarikh tu. banyakkan doa.
aku faham perasaan orang2 macam nie.
mesti frust sangat2.
tapi Allah dah sediakan yg terbaik untuk kita.
mesti ada hikmah semua yg terjadi.

utk golongan yg dapat masok U,
ada jugak yg happy dengan yg frust.
happy sebab dapat U dengan course yg dipilih,
ada yg kurang happy sebab dapat U yg dia nak tp bkn course yg dipilih,
ada yg frust sebab tak dapat U dan course yg dia nak.


tapi, walau ape pon yg kita dapat, itu dah rezeki untuk kita.
jangan terlalu kecewa dengan apa yg dah ditentukan.
Allah tahu apa yg terbaik untuk kita semua.
kat U mana pun kita dicampakkan, belajarlah menuntut ilmu sebaik-baiknya.

untuk yg dah tak sabar nak menjejakkan kaki ke universiti masing2, mesti korang rasa macam nie. ahaha

comel plak aku tengok budak nie

bagi yg terpaksa merantau jauh dari keluarga, janganlah bersedih.
lagipun korang pegi belajar kan.
bukan nak pergi kahwin lari. haha
best belajar kat negeri orang.
sambil belajar sambil melancong. pakej gitu!

toksah sedih sgt mcm dia ni :)


haaa... sebelum aku terlupa.
untuk sesiapa yg ada apply scholar JPA, boleh check result by 23 September 2011.
yang tunggu  PTPTN, jangan risau sebab duit PTPTN akan dikreditkan buat kali pertama selepas 21 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yg telah lengkap diisi.

dan kalau ada yang tak nak bayar yuran dulu,  PTPTN akan buat potongan yuran pengajian untuk pengeluaran kali pertama tu. 
[TUTUP KES SCHOLARSHIP & PTPTN]
..................................................................

sebelum nak masok U, aku nak cakap terimakasih banyak dekat tempat yg berjaya membawa aku belajar ke tahap yg lebih tinggi. 
mane lagi kalau bukan kat sini

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA

sangat merindui KMM sekarang nie. sampai nak masok U pon ingat kat matrik lagi. huwaaa ~~~
lecturer KMM memang terbaik!
diorang yg telah banyak menyumbang ilmu walaupon kadang2 sampai tak muat aku nak simpan dalam memori kepale nih. hahaha

nanti dah masok U kena la jadi macam nie balek

HAHAHA

ape2 pon, hidup mesti diteruskan :)
oke lah,aku nak ucapkan


SELAMAT MASUK UNIVERSITI  
 SELAMAT DATANG KE FASA BARU SEBAGAI PELAJAR 
 SELAMAT MERANTAU 
 SELAMAT PERGI KULIAH 
 SELAMAT BUAT ASSIGNMENT 
 SELAMAT STUDY 
 SELAMAT DAPAT KAWAN BARU 
 SELAMAT JADI BUDAK U 

dan

 SELAMAT MENDAPAT SEGULUNG IJAZAH 

nota jari : lepas nie takde makne la aku nak rajin update blog lagi.
               macam kat matrik dulu. setahun baru 10 entri aku buat. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...