LOVE . LOVE . LOVE

20130803

sambungan episod RAMADHAN 2013

Gitu tajuknya haa...
Okay assalamualaikum dan Salam 25 Ramadhan kpd yg sedang membaca :)

Entri ini merupakan kesinambuangan daripada entri RAMADHAN 2013 sebelum ini.
So nak baca entri ni haruslah mula dari A dulu. bukan dari L ye anak anak. *merepek sudah
>> CER KLIK SIKIT

Okaylah. sejujurnya aku nk cakap yg kisah berlaku kat aku dalam bulan ni kebanyakan semuanya first time.

FIRST TIME masuk bilik Xray kt hukm
FIRST TIME kena Xray kt part kaki sahaja
FIRST TIME jadi patient kat hukm
FIRST TIME pakai backslab
FIRST TIME naik wheel chair (atas sebab2 munasabah)
FIRST TIME jalan macam main ting ting nak naik ke rumah (sebab takde tongkat masa tu)
FIRST TIME pakai tongkat dlm rumah.
FIRST TIME kena bungkus kaki setiap kali masuk toilet

dannnnnnn. FIRST TIME jugak aku praktikkan TAYAMMUM.

Allahu Akbar. Lama dah rasanya aku belajar pasal tayammum ni.
Last sekali masa PAFA sekolah menengah. 
time tu praktik utk dapat sign ustazah je. tu pun buat tak sungguh2. asal dapat sign sudah :(
Bila dah kena keadaan macam sekarang ni barulah aku belajar balik pasal tayammum. 

Kenapa aku kena tayammum?
Sebab keadaan tak mengizinkan untuk tempat bersimen tu terkena air.
Walaupun tempat wuduk lain boleh kena air macam biasa, tetap kena tayammum jugak untuk gantikan wuduk kat tempat yg tak kena air tu.

Tapi zaman sekarang dah maju. Semua senang.
Aku mula mula buntu jugak mana la nak cari debu tayammum ni. 
Tanah kat area rumah ni semuanya aku rasa tak suci lagi. yela dah bercampur najis haiwan. Tercemar weh~

Google punya Google, aku bacalah sikit kat website pasal ada jual debu tayammum ni.
Ada yg jual online. Ada jugak yg cakap debu ni boleh beli kat kedai yg jual barang umrah/haji.
So apa lagi, aku pun mintak mak tolong belikan.. hehehe


Tadaaaaa..............!! inilah debu tayammum yg dimaksudkan. RM15 je. Alhamdullilah  ^_^
Bagi aku, setiap rumah perlu ada debu tayammum ni. 
Sebab kita takkan sangka apa yg akan terjadi pada kita masa akan datang. 
So just be prepared lah ye...
Sekarang memang tak jadi apa, tapi esok? lusa? tulat?

Kat botol ni siap ada ajar cara nak guna dan niat tayammum sekali.
Memang berguna lah!

Ingat.. Allah sentiasa memudahkan setiap perkara yg kita nak lakukan utk DIA.



~ Wasalam ~



0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...