LOVE . LOVE . LOVE

20130802

Ramadhan 2013

24 Ramadhan 1434H, Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan.

Currently listening to : Rapuh by Opick
Entri kali ni agak panjang sebab aku nak cerita pengalaman dalam bulan puasa ni.
Kalau rasa nak belajar sikit pasal medical bolehlah baca entri ni jugak ;)
----------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah diberi peluang utk menulis lagi pada malam ini.
Sedar tak sedar kejap je dah nak habis puasa. Tinggal 6 hari lagi.
Sayu rasa hati nak tinggalkan bulan mulia ni. Entah jumpa ke tidak lagi tahun depan :'(

Bulan ni kerap dgr berita kematian. 
Ada yg mati kemalangan, mati merempit, mati mandi sungai, mati dalam sujud.
Allahu akbar. Harap2 kita dijemput utk bertemu denganNya dalam keadaan khusnul khotimah~

Bulan Ramadhan kali ni sangat berbeza dgn Ramadhan aku yg lepas.
Ramadhan yg mengajar aku utk lebih kuat daripada sebelumnya.


Segalanya bermula pada hari pertama final exam. 8 JULAI 2013.
Pagi yg indah dengan muka yg boleh tahan risau sebab first paper subject nutrition. 
subject ni memang banyak tak payah cakapla yg nak kena tau. dah macam student dietitic aku rasa masa study nutrition. 
Well.. walaupun kali ni aku takdela study last minute sgt tapi aku tetap mengekalkan habit baca nota sambil berjalan ke exam hall.
20 minute before exam, masa tu aku jalan dengan sorang lagi housemate. Muka tengah focus kt nota ni, lepas tu tibatiba, 'Aduh!!'.
Kaki aku terseliuh sebab tak perasaan ada tembok sikit tepi longkang bila nak turun ke jalan.
Dah la masa tu pakai sandal yg agak tinggi jugak.. Ada la dalam 2 inci. Memang sakit yang amat. 
Kaki kiri ni memang terpelecok habis masa tu.

Lepas dah terseliuh, aku try nak berjalan, tapi macam susah sangat, tak macam sebelum ni bila aku terseliuh.
Tapi aku terpaksa jugakla sbb tinggal berapa minit je lagi exam nak start.
Nak taknak kena gagahkan jugak diri ni.. Kawan tanya 'kau ok tak?'.
'Ok2. takpe ko jalan je. aku sakit sikit je ni'.
Lepastu aku jalan dah tak tengok nota dah. 
Otak dah risau dengan dua benda sekarang ni.
Risau pasal kaki plus risau pasal exam. 
Tapi aku lebih fikir pasal kaki daripada exam sebab masa tu sakit sangat2 (sebenarnya) :'(
Aku jalan slow dan agak terdengkot2. Sejak dari insiden tu cara aku jalan dah tak betul dah. 

Masa dalam dewan, aku jawab exam sambil perah otak + tahan sakit.
Rasa berdenyut kat kaki buat aku rasa lebih stres daripada biasa. 
Soalan first pun aku dah 'Hah??'

Lepas exam aku terus balik kolej. Dengan cara jalan yg lain daripada lain, akhirnya sampai jugak ke bilik walaupun memakan masa.
Balik bilik, bukak stokin, terus.. 'Ya ALLAH...!!'
Kaki aku bengkak yg amat dan sangat biru pada masa tu.
sakit jangan cakaplah. tak payah sentuh pun dah sakit.
bengkak besar sikit dari gambar ni dan BIRU warnanya.

Itulah pengalaman pertama aku terseliuh sampai bengkak macam tu sekali.
I thought it was normal. Then, aku just amik ais dan balut dengan towel kecik pastu tuam atas kaki yg bengkak. 
mujur lega sikit sakit tu.
Memang time nie la aku boleh praktikkan apa yg aku belajar dulu.


Yes. Alhamdulillah sebab ada ilmu ni so aku just apply kan je ^^
Kawan suruh jumpa Dr. aku taknak.
Sebab aku ingat ini bengkak biasa so tak payah la buat dia jadi luar biasa bila jumpa Dr. nanti.
Dari hari ke hari. Keadaan yg sama tak berubah. 
Kaki aku bulat macam belon dah masa tu. Bila jalan rasa macam ada tangki air dlm kaki. SERIOUSLY.
Harihari pegi jawab exam dgn jalan yg tak berapa nak betul tambah lagi dengan compression dari stokin n kasut yg aku pakai.
Tapi aku dpt sembunyikan cara jalan tu dari org sebab pakai baju kurung. so tak obvious sangat bila jalan tak betul ni. heheh~
Housemate je yg tau masa tu.

Then bila pergi rumah diorang yg lain, baru lah diorang perasan betapa besarnya kaki aku sebelah ni.
Mujur ada sorang kawan ni offer bandage kat aku.
Memang itu yg aku cari sebenarnya sebab housemate aku sume takde bandage. 
Maklum la bukan musim klinikal. kalau tak, dah lama aku amik bandage dekat wad tu banyak2.
So bila dh ada bandage, rasa kurang lagi sakit tu. tapi bila bukak, sakit dia menjadi2 lagi.

Dalam 3 4 hari lepas kejadian, lebam biru kat atas kaki dah kurang. tapi........


lebam tu beralih kat side kiri pulak. takdela betul2 bawah ankle macam dalam gambar atas ni. depan sikit. tempat yg terhentak masa terseliuh tu.
aku ingat tu petanda nak sembuh. tapi takut juga masa tu. yelah. lebam mesti disebabkan damage kat vessel kan.. tapi aku takut dia bukan pasal vessel je.. hmm.
aku dah malas nk fikir sangat. so aku teruskan study sambil buat cold compress kat kaki.

Sampailah hari last exam untuk OSCE, akhirnya tamatlah alkisah aku sebagai pelajar Tahun 2 kat sini.
Alhamdulillah sampai jugak harinya :) Aku dh tak sanggup nak tahan sakit ni.
Jadi atas nasihat mak aku, aku akhirnya buat keputusan utk jumpa Dr. 10 hari lepas hari kejadian. haha

Kat klinik, tunggu punya tunggu sampailah mengantuk -_-
Bila Dr. assess, dia tekan tempat yg bengkak tu. Makin ke kiri makin sakit.
Dr. cakap, 'Ok awak pergi X-ray dulu'.
Aku masa tu. Ahh sudah. Hati dah tak sedap masa dia suruh pergi X-ray.
Ni bukan bengkak biasa. bukan sakit biasa.

First time masuk bilik X-ray dan di-X-ray kat situ. Selama ni tau hantar patient je.
Lepas X-ray, jumpa Dr. balik, and the result was out.
Dr. tu senyum. aku dah risau Dr. ni senyum sebab ok ke tidak?
'Kaki awak ada fracture sikit (sambil tunjuk tempat fracture tu). So kena simen sikit la eh'


   'Hah ye ke?' Aku serious memang sangatlah terkejut masa tu.
Kenapa sakit yg selama 10 hari ni aku tahan dan tak surutsurut dah terjawab sekarang.
Aku disahkan fracture kat 5th left metatarsal.

Ya ALLAH. perasaan aku terus berubah time tu. 
aku dah tak fikir sakit lagi. aku fikir macam mana aku nak berjalan dengan kaki simen tu nanti.
macam mana aku nak keluar beli barang nanti? pergi bazar? shopping raya?
macam mana nak keluar rumah?? :'(
macammacam persoalan timbul masa tu. 

Memang ujian ni Allah bagi untuk aku rasa kuat. itu yg aku doa selalu. KUAT.
Lepas dipakaikan simen atau dalam medical termnya, backslab, aku dibawa keluar dari bilik simen tu dengan wheel chair. Allah. ini memang first time aku naik wheel chair dgn keadaan yg betul2 perlukan aku guna wheel chair tu. 
Sebelum ni bawak main je wheel chair tu dgn classmate. Hooray2 lagi naik wheel chair...
Sekarang nah. naik sebab dah bersimen. 
Day 3
Tipulah kalau tak sedih masa tu. Kelopak mata dah banjir masa tunggu nak balik rumah.
Sedih sangat. Allah. Aku memang kena kuat.
Dr. cakap after 3weeks pergi X-ray balik. tapi appointment dia bg after seminggu raya.
Jadi secara terang tang tang nya, aku akan beraya dgn kaki simen. Pasrah.
Tapi Alhamdulilah sebab aku cuma pakai backslab dan bukannya POP.
kalau nak tau apa beza backslab dengan POP silalah la Google ya.

respon classmate. terimakasih ^^

Tengok. Allah nak makbulkan doa kita Dia guna macam2 cara.
Antara kita sedar atau tidak kita dah diberi nikmat tu sebenarnya.
Kejadian yang tak disangka ni memang dah bagi aku rasa lebih bersyukur.
Macam biasa. Manusia akan belajar dari pengalaman.
Bila patah kaki ni baru aku rasa seksanya nak berjalan.
Tapi at the same time aku terfikir macam mana lah rasanya org yg kudung kaki. dua2 kaki. takde tangan. 
Ya ALLAH :') 
Alhamdulillah aku terpilih untuk merasa sedikit daripada semua tu. 
Ada hikmah disebalik semua ni~


Sambungan cerita di entri seterusnya.

==ENTRY OVERLOAD==


0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...