LOVE . LOVE . LOVE

20120813

HIJAB

Copy paste from ELLE ZADA

Saje nak share kat sini.
semoga dapat manfaatkan sama2 :)

 

Kadang-kadang bila terlalu asyik sangat dengan trend fesyen melilit tudung ni, macam-macam style keluar. Sehinggakan kita terlepas pandang NIAT UTAMA kita mengenakan hijab. 

Sewajarnya dengan hijab menutupi kepala dan badan, tugas mata-mata liar di luar sana semakin sukar untuk “membogelkan” wanita secara visual tetapi dengan gaya fesyen yang kelihatan seperti rambut yang beralun beraneka warna d
an perhiasan keterlaluan, tugas-tugas mata-mata liar ni menjadi semakin mudah. Tak perlu susah-susah membayangkan rupa kita tanpa hijab kerana kain di kepala itu sendiri sudah menyerupai rambut. (part nie aku setuju sangat2!)

“Dua golongan penghuni neraka yang belum pernah aku lihat; golongan membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul dan membelasah orang. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian (tapi) telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok untuk menggoda, rambut mereka seperti bonggol unta yang miring, mereka tidak masuk syurga dan tidak akan mencium baunya, padahal sesungguhnya bau surga itu tercium dari jarak perjalanan yang sangat jauh.”

BESEDERHANALAH supaya niat murni utk menutup aurat itu tidak tercemar…

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...