LOVE . LOVE . LOVE

20120816

Dugaan. SABAR sabar ~

Salam peeps.


Hari ni dah masuk Ramadan yang ke-27.

tiba-tiba hati nie rasa nak berkongsi kisah yang berlaku 2 hari lepas.

Let the story begin~

Masa tu aku dan sorang lagi sahabat merancang utk berbuka puasa di sebuah tempat tumpuan orang ramai di ibu kota. 
kalau cakap confirm semua tahu.
Mana lagi kalau bukan kat Jalan TAR.
Pertemuan antara aku dan dia pada pukul 4.40petang merupakan pertemuan kami selepas setahun lebih tidak berjumpa.
Hari nie perasaan aku sangatla excited sebab nak jumpa kawan lama. (lama la jugak)
Selepas membuat reaksi muka yg terlalu gembira seperti 10tahun tidak berjumpa, lalu kami mengambil keputusan untuk lepak-lepak dalam sebuah pusat beli belah terkenal di sana.

.............................................................................

Jam menunjukkan pukul 4.50petang.
Akibat risau tiada tempat untuk berbuka nanti, kami terus naik ke tingkat 6 di mana terletaknya food court bagi meninjau keadaan di situ sama ada masih lengang ataupun tidak.
Alhamdulillah.. banyak meja yang masih kosong.
Disebabkan bulan puasa dan ramai sangat rakyat Malaysia yang datang membeli belah, kami tidak sanggup untuk bersesak-sesak di Jalan TAR. 
Lalu aku memutuskan untuk duduk sembang sahaja di food court tersebut.
dan kami  pun mencari port yang sesuai untuk melepak.

Setengah jam berlalu dengan begitu pantas sekali.
Aku mengeluarkan handphone untuk melihat waktu sekarang.
"Dah 5.30 dah ni.. takpe takpe.. lambat lagi.."
"Dah la tak sembahyang Asar lagi ni.."
"Hahaha.. tu la pasal. dok bergosip pulak kita kat sini..ok sambung cerita balik.. bla bla bla bla.."
Aku meletakkan beg silang ku di atas riba dan handphone di atas beg tersebut.

Kami teruskan perbualan sehinggalah 10 minit kemudian...
"Eh, jom la solat.."
"Jom."

Aku bingkas bangun dari tempat duduk dan kami berdua ke escalator untuk turun ke bawah.
Semasa sedang turun ke bawah, telefon bimbit rakanku berbunyi.
"Kringg kringg...!!(aku taktau ringtone dia bunyi apa sebenarnya) Hello.... bla bla bla..."

Tiba-tiba ketika dia sedang bercakap di telefon, aku baru teringat pasal telefon aku.

"Eh, mana handphone aku?!"
Sambil mencari-cari di dalam beg dan meraba-raba poket seluar. 
"Weyh zack! mana nie weyh...!!"
Aku merungut tanpa mempedulikan dia yang masih bercakap di telefon.

Tup. bunyi telefon diletak.
"Mana kau letak handphone kau? Dalam beg takde?"
"Aku letak atas beg tadi masa duduk.. aduhh.. mana pulak ni... time time macam ni la pulak nak buat hal..Cuba kau call.."
"Cuba kau check betul-betul..",sambil menelefon nombor handphone aku.

"Takde rasa vibrate pun.."
Tabiat yang paling digemari oleh aku ialah silent handphone. dari dulu lagi memang  aku suka buat handphone dalam silent mode.

"Takde orang angkat la weyh.."
"Ish.. kau call lagi sekali.."
" Aduh.. aku tak rasa apa-apa pun.. weyh, jom naik atas balik la. dalam beg takde la. dalam poket pun takde.."
"Jom jom.."

Aku dah mula rasa tak sedap hati setibanya kami di atas.
Lalu aku bergegas menuju ke tempat duduk yang baru ditinggalkan tidak sampai 3minit yang lalu dengan harapan handphone tersebut terjatuh di bawah meja.

"Weyh Zack! mana pergi handphone aku!! takkan dah hilang kot!"
" Cuba kau check beg kau lagi sekali. Mana tau terselit kat mana-mana. Jap aku check dalam beg aku.."
"Weyh jangan weyh.. tak logik kot... baru sekejap je kita pergi. Dah la takde orang pun kat sini."

Aku pandang sekeliling.
Pada masa itu hanya ada seorang perempuan cina yang sedang menjamu selera duduk di sebelah kanan dan seorang lelaki yang aku tak ingat bangsa apa dan sedang buat apa duduk di belakang aku.
Masing-masing seperti membuat hal sendiri.

Agak lama juga masa yang aku ambil untuk berfikir apa yang berlaku 3minit yang lepas.
Tapi apa boleh buat. Akal aku tak boleh nak sampai ke tahap itu.
Sebab aku seorang yang mudah lupa dalam perkara macam ni.
Sudah dua tiga kali aku keluar masuk barang yang ada di dalam beg.

Hasilnya...... memang mengecewakan aku.

Dalam masa yang sama aku turut berasa pelik. 
Entah kenapa pun aku tak tahu.
Mungkin kejadian itu berlaku terlalu pantas bagi aku.

Bagi memendekkan cerita yang amat panjang dialognya,
Aku membuat keputusan untuk pergi ke pusat Maxis yang terletak tidak jauh dari situ setelah aku dan rakanku mendapati bahawa telefonku telah dimatikan.
Mujur ada pusat Maxis di situ.

Setibanya di sana, aku dengan kadar segera pergi ke salah sebuah kaunter di situ.
"Kak, nak block sim card boleh?"
"Boleh. apa nombor?"
Huh. nasib baik. aku dapat menarik nafas lega sekejap walaupun hati aku sangatlah tak tenteram pada masa tu.
Sekurang-kurangnya aku telah menyelamatkan maklumat yang ada dalam sim card tersebut.


 .....................................................................................

"Kau nak solat kat Majid India ke Masjid Jamek?"
"Mana-mana je."
"Ok. solat kat Masjid India je la."

Kami menunaikan solat Asar dan Maghrib di sana kerana waktu Asar hampir tamat disebabkan misi mencari handphone yang telah mengambil masa yang agak lama.
Harapan untuk berbuka dengan cerianya hancur lebur dek kerana kekhilafan aku sendiri.
Kami berbuka ala kadar di dalam masjid.
Mujur ada biskut raya hasil tangan kawan aku.
Aku yang minta dia bawakan. Konon-konon nak rasa sample. Mane tau boleh order tahun depan.
Selepas menikmati biskut raya tersebut, kami meneruskan perjalanan untuk membeli air.
Tekak dah kering sangat masa tu.
Fikiran aku yang melayang memikirkan misteri handphone yang hilang pada petang tadi membuatkan aku tiada selera untuk mengambil makanan berat.
Semangat aku yang membuak-buak pada petang tadi terus hilang begitu saja.

......................................................................................

KENANGAN

Kejadian 14 Ogos 2012 tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.
Seumur hidup aku, inilah harta yang paling mahal pernah aku hilangkan.
Walaupun harga telefon tu tidaklah mencecah ribuan ringgit, tetapi aku masih belum puas lagi menggunakan khidmatnya sebagai teman aku.
Aku redha dengan apa yang terjadi.
Kejadian ini telah membuatkan aku sedikit trauma untuk membeli gadget yang canggih yang ada pada masa kini.


Satu je harapan aku.
Semoga segala yang ada dalam memory card aku tidak disalahgunakan oleh si polan yang tiada rasa belas kasihan itu.



moral of the story : Jangan ingat bulan puasa takde yang panjang tangan.
SEKIAN.

0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...