LOVE . LOVE . LOVE

20120402

4 Hari 3 Malam @ Langkawi

Assalamualaikum readers.


baru sehari yg lepas aku tiba dari bandar darul aman.
seumur hidup aku tak pernah lagi aku jejakkan kaki kat Langkawi.
fuhh.. trip yg paling awesome skali!
penat yang dibawa dari teater terus ke Langkawi memang tak habes lagi.
sekarang nie kalau boleh aku macam nak tido 24jam je.

sebelum aku mulakan cerita, 
aku nak ucapkan tahniah untuk kelab teater kolej (KTDI) yg berjaya merangkul
ANUGERAH KHAS JURI antara semua 10 kolej yg bersaing dalam teater ni.
EMAS - busana dan make-up.
PERAK - props dan pelakon harapan wanita yg dimenangi oleh classmate aku sendiri.

berbaloi jugak la walaupun kitorang bersengkang mata hampir tiap2 hari selama 2minggu.
tahniah untuk semua krew dan pelakon2. good job korang! :)

habis je teater, penat aku disambung lagi utk ke kem biro tatanegara kat Langkawi.
teater habis malam selasa, balik dari bangi ke UKM Cheras dalam pukul 1pagi.
malam rabu pukul 9lebih bertolak ke Langkawi pulak.
dah la kelas sampai pukul 7malam hari Selasa tu.
mau tak rushing. nak kemas itu ini.

time dalam bas aku takde aktiviti lain melainkan qada' tidur selama 8jam yg dah ditinggalkan untuk beberapa hari semata2 sebab teater.
dalam pukul 6.30 pagi sampai la kitorang kat jeti Kuala Perlis.

Jeti Kuala Perlis

Classmates
aku baru tahu kalau kita nak pi Kedah kena lalu Perlis dulu. haha
sampai kat jeti kena tunggu feri pulak.
feri pukul 8.15 pagi.
tunggu punye tunggu (sempat tido kejap) akhirnye kitorang pun masukla feri.
huh.. pengalaman ke-2 aku naik feri. 
first time naik feri mase aku kecik dulu. tak ingat la umur berape.
mabuk jugakla time tu. 
yg nie dah ok dah. mungkin sebab tak tengok air sangat dan aku banyak tido je dalam feri nie.
memang mengantuk tahap gaban la.
kat mane2 kalau ade peluang memang keje aku tido je. hahaha tak senonoh betul

disebabkan enjin feri tu rosak so memang macam naik kura2 la kitorang kat atas tu.
adela nak dekat 2jam dok atas tu.
rasa best sebab dapat tido lama. hahaha
dalam pukul 11 sampai la kat jeti kuah, Langkawi.
yeaaahhh..!! WELCOME TO LANGKAWI :)
dari situ kitorang naik bas nak ke kem.
adela dalam 1jam jugak. 
fuh.. trip yg mengambil mase 12jam lebih dari kolumpo sampai Langkawi memang supadupa BEST!

kat sane kitorang ditempatkan kat Hotel Panorama yg terletak dekat Ulu Melaka, Langkawi.
bilik yg aku dapat amat sesuai utk pasangan yg nak berbulan madu sebab lighting dalam bilik tu sangatlah romantis. haha
tapi mase mula mula sampai kat sane, aku macam dapat rasa something yg lain dekat tempat tu.
sebab surrounding dia tak macam hotel2 lain. pelik pelik.
tapi aku buat dek jela. sebab dah puas hati dengan bilik takdela aku nak komen ape. huuu~

roommates  :)
aktiviti pun takdela berat sangat.
yg paling best time masak2 dengan masyarakat kat sane.
makcik2 kat situ memang sempoi habes.
sampai nenek pun bole joget dgn kitorang. hahaha. klako klako ~

aktiviti shopping ala2 tourist merupakan perkara wajib yg perlu dibuat kalau dah pegi ke negeri orang.
bila dah ade kat Langkawi memang tak sah kalau tak beli coklat.
tapi disebabkan aku tak terlalu obses dengan coklat, takdela aku nk borong coklat sangat.
asal cukup syarat dah le... 


Dataran Lang * bangge dgn baju KMM. hehe
sepatutnye kitorang ade kat sane sampai hari ahad.
tapi disebabkan masalah penginapan, terpaksa lah balik hari sabtu. 
tapi la kan... aku memang dah rase pelik gile mase nie.
macam mane tiba2 boleh ada masalah penginapan pulak.
sepatutnye pihak yg organize program nie dah tau nak buat ape and pihak hotel dah book kan utk kitorang sampai hari ahad.
kalau sebab bajet tak cukup macam mustahil je.
tapi aku still buat tak tau je.
pada aku kalau balik awal lagik bagus. dapat balik rumah cepat. hahaha

mase hari nak bertolak pulang dari hotel tu barula aku dapat tau misteri di sebalik hotel tu. huhuhu.
mau tegak segala bulu roma yg ade.
nasib baek kawan cerita mase dah dalam bas.
kalau tak mesti aku tak tido malam hari sebelumnye tu.
dan persoalan kenapa kitorang terpakse balik awal sehari sudah pun terjawab.
kononnye disebabkan masalah penginapan.
tapi rupanya ade 'masalah' lain...
dan aku dah tau 'siapa' yg ketuk pintu bilik pada malam tu. hohohoho

tu lah cerita 4 hari 3 malam aku kat sebuah negeri yg penuh dengan cerita2 lagenda..
alhamdulillah dah selamat sampai kat rumah dah sekarang nie :)

minggu nie cuti mid sem. naik cuti nanti terus posting. adoiyaiii ~ nasib nasib. . . 

0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...