LOVE . LOVE . LOVE

20120102

Diam Tak Semestinya Salah

silence speaks when words can't

"ape yang saya tau, saya memang tak bersalah."

amat menyedihkan bila ada orang yg berani berkeras meskipun dah terbukti salahnya.
bermain dengan hukum bukannya benda yg boleh dibawa main.
dan orang yg tak tahu cerita tak payahla sibuk nak bukak mulut nak membela orang yg belum tentu betulnya.
anda anda dan anda tu tidak berada di tempat kejadian.
dan anda hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaje.
jadi tak perlulah nak back up 100% yg si polan itu tidak bersalah.

pernah dengar tak ayat 'niat tak menghalalkan cara'?
haaa.. soooo , sebelum bercakap tu fikir-fikirlah dulu ye.
cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar~ *kan dah kuar ayat sastera aku
FIKIR DULU SEBELUM BERKATA-KATA
mungkin dari cerita dia anda rasa tindakan dia tu betul.
tapi kalau anda jadi diri saya, dah tentu anda tidak akan pernah bersetuju dengan pengakuan dia tu.

fineee~ aku memang suke mendiamkan diri.
TAPI DENGAN BERDIAM DIRI BUKAN BERMAKSUD AKU MENGALAH!

aku cuma tak mahu menambahkan api yg sedang marak mase tu.
dan takut api kemarahan aku sendiri yg datang bergolak.
aku taknak semua tu.

ape yang aku mampu buat hanyalah bersabar sampai ke tahap aku boleh sabar.
aku pujuk hati aku.
Alhamdulillah hati aku masih kuat sampai ke hari ni walaupun kadangkala hati ni menangis.
Allah Maha Mengetahui.
satu hari nanti Dia akan tunjuk kebenarannya.
biarlah orang nak kate ape.
biar aku dengan cara aku.
aku ade ALLAH.
ALLAH tahu segalanya.
ALLAH berhak tentukan siape yg betul dan siape yg salah.
cuma Dia tempat aku mengadu dan merayu.

sorry to say aku memang bukan jenis orang yg tahu nak membela diri.
cara aku membela diri hanya dengan DIAM.
DIAM dan DOA.
aku serahkan semuanya pada yg atas sana.
biar Dia menilai siapa benar siapa salah.

malam tu aku tidur sambil peluk alQuran.
dengan air mate yg tak berhenti-henti mengalir.
aku redha dengan ape yg jadi.
dugaan yg makin lama makin besar.
takpe... Allah sentiase dengar doa orang yg dizalimi.
terima kasih kawan sebab kau buat aku jadi lebih kuat.
terima kasih sahabat kerana sudi mendengar luahan hati aku dan sentiasa ada bila aku senang dan susah.
dan tanda orang yg disayangi Allah ialah orang yg sentiasa diberikan ujian olehNya.
terima kasih Allah.
aku bersyukur untuk itu :')
Alhamdulillah ~



buat kau kawan,
memang kita tak boleh judge orang lain.
tapi pokok takkan bergoyang kalau takde angin.
tabahlah menghadapi fitnah itu.
sesungguhnya fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.
mungkin kau boleh membela diri di depan semua orang tapi aku tidak.
cuma aku ingin nasihatkan,
jagalah diri kau baik baik,
maruah kau lebih penting dari segalanya.
jangan sesekali bermurah hati menyerahkan segalanya kepada dia yg belum menjadi hak kamu lagi.
walaupun korang dah rapat macam family,
tapi niat tetap tak menghalalkan cara.
dunia sekarang ni macam2 boleh jadi.
aku takot kau akan jadi mangsa dunia.
lagi2 di bandar besar ni.

tolonglah kawan.. takutlah pada yg di atas sana.
jangan sesekali kau menegakkan benang yg basah sebab perkara tu hanya akan menambah dosa pada diri kau sendiri kerana ianya tak ubah seperti kau membelakangi hukum Allah.
insaflah sebelum engkau mendapat padah.


wahai kawan, semoga Allah membuka pintu hati kau satu hari nanti.
itulah doa aku untuk kau setiap hari.
ALLAHUAKBAR..
terima kasih atas segalanya.

tenanglah wahai hati ~

“Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

3 orang comel:

fariha said...

asal ain?? sal dye tu lagi ke?? meh story mory kat aku..=)

sabar okeh. biasalah manusia ..kekadang xkan mengaku salah. hanya nampak yg betul shja wlopon salah..

A I N said...

fariii..!!! nak bahu ~ ='(
sedeh weyh...
makin lame makin keruh jdiknye..
hmmmmm...

fariha said...

meh sory2 kat aku..aku baru bukak blik ni... sorry lmbat. time chat kat fb, ko mention lah. kekadang aku lupe..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...