LOVE . LOVE . LOVE

20120415

Second semester : Week 1 at Surgical Ward

Assalamualaikum . . . 


post ni sekadar untuk mengelap habuk habuk yang dah melekat dalam nie.

ahah! first week posting dalam sem 2 memang banyak mengajar aku.
ditambah dengan group posting baru yg sempoi, clinical instructor (CI) yg lebih baik daripada sebelumnya, dan ketua jururawat yg sporting habis (kitorang karok sama2 dalam bas masa trip ke langkawi) menimbulkan rasa sedikit semangat untuk ke posting walaupun terpaksa datang ward seawal jam tujuh pagi setiap hari Isnin sampailah Jumaat dalam keadaan mengantuk.

huhhh... *hembus nafas panjangpanjang

perkara utama yg ditekankan bila dah masuk sem 2 ni adalah dari segi drugs and diseases.

dulu bace record patient macam tak tahu ape pon.
bila lecturer cerita nganga je mulut luas luas sambil berkate " ooooo......"

sem ni bole la faham sikit sikit. bukan sikit. banyakla jugak sebenarnya.
setiap drugs dalam medication chart kena tahu apa sebab doktor prescribed kat patient tuh.

sampaikan ubat ubat ayah aku kat rumah pun aku dah boleh terangkan apa tindakan ubat tu terhadap badan. alhamdulillah :)  *tapi still refer buku sikit2. hihi

beralih cerita daripada ubat, kita pergi pula kepada INJECTION.
yes. cucuk jarum. haha

yela. orang selalu kaitkan nurse dengan jarum.
sekarang nie baru aku betul2 merasa macam mane perasaan bila jadi nurse.

first time bagi actrapid injection (insulin) kat patient memang nervous lah.
naseb aku tak shaking. kalau tak mau jarum tu main corner kiri kanan dekat tangan (deltoid) patient.
walaupun bagi kat subcutaneous tissue je, siapa tak tau sila GOOGLE dengan kadar segera
tapi kalau cara bagi tak betul silap haribulan jarum pon bole patah. lepastu tertinggal dalam kulit patient. perghhh...!!
dah la bagi 90 degree.
untung jarum tu pendek je.
kalau jarum panjang 2 inci lagik la terketar2 tangan aku. 
yg tu maybe aku akan buat utk posting dekat ward minggu ni. hohoho

macam nie la gayanya time nak bagi tu

tapi masa evaluation CI cakap "ain nampak confident bila bagi injection.."
errr.. tang mane yg confident pon aku tak tau la. 
kalau la die bole dengar heart beat aku mase tu. 70km/h agakye. hahaha

lepas inject, CI tanye patient tu.
"sakit ke pakcik?"
"takde rase ape pon. langsung tak sakit.."

pastu aku pon cakap, 
"wah....bagusnye pakcik...." *sambil tersenyum bangga. sebenarnye nak cakap diri sendiri yg bagus. kehkehkeh

alhamdulillah~ 
first time bagi injection , patient bagi respon yg sangat membuatkan aku terharu. haha
i love u pakcik!

after that first injection, aku rase addicted nak inject orang lagik.
tunggulah siapa yg bertuah dapat aku lepas nie. ngehngehngeh~

this week posting medical ward.
ramai patient buat blood transfusion dalam ward tu.
so, doakan aku berjaya nampak macam professional walaupun dari luaran je. hehe

 minggu nie kita bermain dengan darah pulak :)

20120402

4 Hari 3 Malam @ Langkawi

Assalamualaikum readers.


baru sehari yg lepas aku tiba dari bandar darul aman.
seumur hidup aku tak pernah lagi aku jejakkan kaki kat Langkawi.
fuhh.. trip yg paling awesome skali!
penat yang dibawa dari teater terus ke Langkawi memang tak habes lagi.
sekarang nie kalau boleh aku macam nak tido 24jam je.

sebelum aku mulakan cerita, 
aku nak ucapkan tahniah untuk kelab teater kolej (KTDI) yg berjaya merangkul
ANUGERAH KHAS JURI antara semua 10 kolej yg bersaing dalam teater ni.
EMAS - busana dan make-up.
PERAK - props dan pelakon harapan wanita yg dimenangi oleh classmate aku sendiri.

berbaloi jugak la walaupun kitorang bersengkang mata hampir tiap2 hari selama 2minggu.
tahniah untuk semua krew dan pelakon2. good job korang! :)

habis je teater, penat aku disambung lagi utk ke kem biro tatanegara kat Langkawi.
teater habis malam selasa, balik dari bangi ke UKM Cheras dalam pukul 1pagi.
malam rabu pukul 9lebih bertolak ke Langkawi pulak.
dah la kelas sampai pukul 7malam hari Selasa tu.
mau tak rushing. nak kemas itu ini.

time dalam bas aku takde aktiviti lain melainkan qada' tidur selama 8jam yg dah ditinggalkan untuk beberapa hari semata2 sebab teater.
dalam pukul 6.30 pagi sampai la kitorang kat jeti Kuala Perlis.

Jeti Kuala Perlis

Classmates
aku baru tahu kalau kita nak pi Kedah kena lalu Perlis dulu. haha
sampai kat jeti kena tunggu feri pulak.
feri pukul 8.15 pagi.
tunggu punye tunggu (sempat tido kejap) akhirnye kitorang pun masukla feri.
huh.. pengalaman ke-2 aku naik feri. 
first time naik feri mase aku kecik dulu. tak ingat la umur berape.
mabuk jugakla time tu. 
yg nie dah ok dah. mungkin sebab tak tengok air sangat dan aku banyak tido je dalam feri nie.
memang mengantuk tahap gaban la.
kat mane2 kalau ade peluang memang keje aku tido je. hahaha tak senonoh betul

disebabkan enjin feri tu rosak so memang macam naik kura2 la kitorang kat atas tu.
adela nak dekat 2jam dok atas tu.
rasa best sebab dapat tido lama. hahaha
dalam pukul 11 sampai la kat jeti kuah, Langkawi.
yeaaahhh..!! WELCOME TO LANGKAWI :)
dari situ kitorang naik bas nak ke kem.
adela dalam 1jam jugak. 
fuh.. trip yg mengambil mase 12jam lebih dari kolumpo sampai Langkawi memang supadupa BEST!

kat sane kitorang ditempatkan kat Hotel Panorama yg terletak dekat Ulu Melaka, Langkawi.
bilik yg aku dapat amat sesuai utk pasangan yg nak berbulan madu sebab lighting dalam bilik tu sangatlah romantis. haha
tapi mase mula mula sampai kat sane, aku macam dapat rasa something yg lain dekat tempat tu.
sebab surrounding dia tak macam hotel2 lain. pelik pelik.
tapi aku buat dek jela. sebab dah puas hati dengan bilik takdela aku nak komen ape. huuu~

roommates  :)
aktiviti pun takdela berat sangat.
yg paling best time masak2 dengan masyarakat kat sane.
makcik2 kat situ memang sempoi habes.
sampai nenek pun bole joget dgn kitorang. hahaha. klako klako ~

aktiviti shopping ala2 tourist merupakan perkara wajib yg perlu dibuat kalau dah pegi ke negeri orang.
bila dah ade kat Langkawi memang tak sah kalau tak beli coklat.
tapi disebabkan aku tak terlalu obses dengan coklat, takdela aku nk borong coklat sangat.
asal cukup syarat dah le... 


Dataran Lang * bangge dgn baju KMM. hehe
sepatutnye kitorang ade kat sane sampai hari ahad.
tapi disebabkan masalah penginapan, terpaksa lah balik hari sabtu. 
tapi la kan... aku memang dah rase pelik gile mase nie.
macam mane tiba2 boleh ada masalah penginapan pulak.
sepatutnye pihak yg organize program nie dah tau nak buat ape and pihak hotel dah book kan utk kitorang sampai hari ahad.
kalau sebab bajet tak cukup macam mustahil je.
tapi aku still buat tak tau je.
pada aku kalau balik awal lagik bagus. dapat balik rumah cepat. hahaha

mase hari nak bertolak pulang dari hotel tu barula aku dapat tau misteri di sebalik hotel tu. huhuhu.
mau tegak segala bulu roma yg ade.
nasib baek kawan cerita mase dah dalam bas.
kalau tak mesti aku tak tido malam hari sebelumnye tu.
dan persoalan kenapa kitorang terpakse balik awal sehari sudah pun terjawab.
kononnye disebabkan masalah penginapan.
tapi rupanya ade 'masalah' lain...
dan aku dah tau 'siapa' yg ketuk pintu bilik pada malam tu. hohohoho

tu lah cerita 4 hari 3 malam aku kat sebuah negeri yg penuh dengan cerita2 lagenda..
alhamdulillah dah selamat sampai kat rumah dah sekarang nie :)

minggu nie cuti mid sem. naik cuti nanti terus posting. adoiyaiii ~ nasib nasib. . . 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...