LOVE . LOVE . LOVE

20120321

misi kedua : DONE!

Assalamualaikum.

setelah hampir tiga minggu merancang, akhirnya terlaksana juga apa yg diimpikan. *ayat dramatik
plan gila memang selalu menjadi.

daripada plan yg awal awal macam acuh tak acuh je, tapi bila dah jadi serius, memang seronok!
tak sangke berguna jugak kepala otak nie utk idea idea gila macam tu. haahaha

aku nak buat confession ni.
sebenarnya seronok tau jadi stalker. SERIOUSLY :)
bila merancang dengan someone yg kita tak pernah kenal, dan orang tu bagi 100% commitment, memang awesome lah hasilnya.
walaupun tak sePERFECT yg dirancang, tapi aku cukup berpuas hati.
kebusy-an meeting teater kolej aku tiap tiap malam sampai pukul12 tak menghalang aku untuk SKYPE-ing dengan sahabat bernama AZREEN setiap hari. hahaha

modus operandi kami menjadi semakin kukuh dan lancar dengan terciptanya DANISH IRFAN.
terima kasih untuk semua yg sudi berbalas mesej dengan danish walaupun korang tak kenal langsung siapa di sebalik pemegang akaun FB tu.
buat yg sudi tolong, a million thanks aku ucapkan.
aku salute korang sebab korang sanggup tolong orang yg korang tak kenal.
tak semua orang bole buat macam nie.
yela. stranger kan. siapa yg nak layan.
entah entah dia tipu kau pun kau tak tahu.
tapi aku respect dengan mereka tu :)
baik yg perempuan dan juga lelaki. 
anda anda memang sempoi lah!

walaupun kitorang terpakse menyembunyikan identiti sebenar kepada mereka yg tertentu, tapi akhirnya identiti tersebut telah dibongkarkan dengan jayanya pada hari kejadian oleh aku sendiri.
lega sebab tak payah menipu lagi. hahaha
sepanjang hidup aku, inilah pengalaman pertama prank orang yg duduk kat negeri lain dan memerlukan perjalana selama 3jam lebih dalam bas ekspres.
fuh. pengalaman yg cukup manis sekali :)
sambil prank sambil travel. BEST!

tak lupe juga kepada sahabat sahabat yg yg turut bersubahat menjayakan misi ini iaitu BONDA IDA dan ZATUL. terima kasih dari hati aku yg tulus mulus ni.


btw, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG KE-20 BUAT ROCKSTAR SAYA
SITI NUR AMIRA HASSAN

semoga tahun ini memberi sejuta kenangan yg bermakna dalam hidup kau.
all the best kat sana sayang! : D

20120311

bas + putra LRT + KTM komuter + star LRT

tajuk tu dah menggambarkan segale jenis public transport yg aku naik semalam.
pengalaman first time naik komuter malam2 memang dah membuat aku rase mcm traveller.
nak mintak sponsor dinner punye pasal., aku sanggup meredah 9 stesen dari KL Sentral dan 11 stesen dari Batu Tiga ke Bank Negara. hohohoo

perjalanan yg mengambil mase setengah jam membolehkan aku untuk melelapkan mata sambil terlentok2 dalam KTM tu.
aku bernasib baik sebab boleh tidur kat rumah malam tadi.
kalau tak mesti dah tidur kat stesen komuter tu je.
ingatkan KTM mcm LRT. abes pukul 12.
tuptup aku tengok " kaunter ini dibuka daripada ..... hingga 9.00 pm "
tau tak mase tu jam dah pukul brape. 
dah 8.35 pm dah.
aku macam..
perghhh.. memang rezeki la kan.
untung tak balek lambat lagik.
kalau tak, jadi kutu rayau la aku. 

harap2 berbaloi la sponsor yg kitorang dapat dengan usaha + penat  kitorang ke sane.
mengantok jangan cakap lah.
badan pun dah berbau dah. hahaha
dasat betul la hari semalam.
tapi bila lagi nak buat macam tu kalau bukan semalam.
minggu nie buat kerja gila.
minggu depan pun nak buat kerja gila jugak.
lama lama aku pun jadi . . . . . . .
sekian.

p/s : cepatla habes bulan 3. aku tak sanggup nak jadi panda ~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...