LOVE . LOVE . LOVE

20130218

Kau Pergi . . . . .

Mengimbau kisah 2 tahun yang lalu. . .


Perkenalan kita yang singkat telah memberi seribu makna buat aku.
Kau tak pernah lokek dengan senyuman
Kau tak pernah kedekut berkongsi ilmu
Kau selalu buat teman yang lain senang dengan kau.
Boleh dikatakan kita memang rapat.
Aku, Timah, Ama, Pika dan Kau.
Ya. Kita berLIMA.

Aku ingat perangai kau yang kadang2 tu lucu jugak bila orang tengok.
Suka buat orang terkejut tak tentu pasal. hehe
Dan aku suka bila kau ajar aku Kimia.
Kita jawab tutorial sama2.
Kau kapten kawad kelas kita.
Lawak bila tengok muka kau serius. 

Tak sangka kan. Masa berlalu begitu pantas.
Setahun tu sekejap je.
Aku tak harap hari terakhir di matrik tu hari last kita jumpa.

Alhamdulillah.
Kita dapat jumpa lagi lepas beberapa bulan menjejakkan kaki di Universiti.
Masing2 belajar kat negeri orang.
Aku je yang belajar kat tempat sendiri. 
Kita jumpa kat Melaka. Negeri tempat kita berkenalan.
Sorang tak dapat datang. Kita 4 orang je.
Sedih nak berpisah lepas tu. 
Lepas ni entah bila boleh jumpa lagi.

Dan tak sangka.
Hari itu merupakan hari terakhir kita bersua muka.
Nampaknya kau telah dipanggil untuk menghadapNya lebih awal dari kitorang yang lain.
Allah lebih sayangkan kau.
Berita yang sangat2 mengejutkan aku.

NUR AMIRAH SYAKIRAH BINTI JAMSARI
27/2/1992-17/2/2013
21 tahun kau menghirup udara di bumi Tuhan ni.
Hampir 3 tahun Allah pinjamkan kau untuk jadi teman aku.
Syukur Ya Allah.
Terima Kasih teman.

Buat sahabatku,
Selamat tinggal aku ucapkan.
Semoga kau tenang di alam sana sambil ditemani cahaya keimanan dan bekalan dari dunia.
Aku halalkan segalanya.
Aku maafkan semuanya.
Tak sempat nak mintak maaf dengan kau.
Aku harap kau halalkan juga segala hutang2 kalau ada yang terlupa.

Ya Allah. Permudahkan laluan untuknya menjalani kehidupan di alam Barzakh.

Al-Fatihah buatmu Mira~


antara kenangan kita


Pertemuan kali terakhir.


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

2 orang comel:

nadia said...

hai kawan mira. :)
http://butterflyaway123.blogspot.com/2013/03/tribute-to-nur-amirah-syakirah.html

A I N said...

hai awk. selamat berkenalan.
nice entry. sedih tp bersyukur sebab dia dipanggil pada usia muda.
InsyaAllah syurga utk dia. kita doakan sama2 ye :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...