LOVE . LOVE . LOVE

20121114

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum ~

tiga bulan menyepi bukan bermakna menghilangkan diri.
cuma sedang menyibukkan diri membuat itu dan ini...

Alhamdulillah. 
sempena tahun baru Hijrah yang dah menjelang nie, aku cuba cari semangat untuk update belog nie.
Cuti mid semester baru melabuhkan tirainya selepas kononnya di-hoore2kan selama 11 hari. 
tapi aku sempat hoorey 7 hari je. 
tu pun takdela hoorey sangat kan ~

sebab hari seterusnya aku diserang........................




CACAR AIR...!!!

yang tak tau cacar air tu ape...
haaa. nie dia cacar air....


sekarang dah tau kan ? heee
nie penyakit zaman budak2 sebenarnya..
aku pulak bila dah muda remaja nie baru nak kena.
untung la dapat time cuti.
kalau tak, mau kena ganti hours practical. lagi mak tak sanggup nyah! haha
dok menganga sorang2 kat wad adalah perkara yg amat membosankan = ='

ada hikmah jugak demam time cuti tu.
hikmah yang paling besar ialah duit aku takdela terbang ke jalan2 yang tak sepatutnya. alhamdulillah :)
kalau tak mesti banyak dah berhabis dalam 4 ke 5 hari tu.
dan nasib baik jugak tak sampai seminggu kena campak ni.
tapi lepas tu batuk + selsema pulak yg menanti. 
sampaila disaat aku menaip entri ni. *sambil tersedut2

oh ya. masa cuti jugak aku ade la bisnes sikit.
alaaa. kecik kecik jeee ~
mula2 buat saje suka suka.
tapi mak pulak yang beriye suruh jual.
buat masa ni jual kat classmates jela.
try promote.
tak sangka pulak ada kawan sorang nie (hantu korea) suruh aku buat untuk bagi kat artis korea.
ini serius oke. bukan tipu tipu punyer ~
mak aiii.. grand betul!
belum apa apa dah dapat order yg banyak. 
untuk artis tu yang tak tahan.
yang menjadikannya banyak sebab artis berkumpulan la.
kumpulan SHI*** . hehe. pandai2 teka la.

oh lupa nak cakap bisnes pasal ape.
al maklum la. syok sangat bercerita ~ hohohoh

haa nie la dia........ taraaaaaaa...!!!

ni hp strap design baju melayu khas utk orang korea tu ^^

nie pulak bookmark utk member2 dia

kat belakang ade nama artis poojaan dorang 

tak sangka hasil tangan aku akan sampai ke Korea nanti ^^
sepatutnya kawan aku dah bagi dah kat diorang...
syarikat group nie kat Malaysia pun dah bersetuju dengan design nie.
tapi sebab diorang cancel datang Malaysia last week.
so InsyaAllah maybe diorang datang buat show March 2013 nanti baru bagi.
wuu.... tak sabar tak sabar. hehehe

oke. yang nie plak order customer2 lain (classmates je pun)



dan selain daripada tu aku jugak merajinkan tangan buat benda2 nie



hehehe. aku tunggu orang order baru buat.
nak buat readymade punye memang memerlukan masa cuti yg sangat freeeee!
InsyaAllah akan ada produk2 lain yang akan menyusul.
sekarang nie baru buat brooch, bookmark, hp strap, keychain, dengan matric card holder.
semua nie diperbuat 100% jahitan tangan aku daripada kain felt.
kemas tak kemas boleh tanya orang yang dah beli lah ye :D
ada yang berminat? hehe.

ok. sempena Awal Muharam yang baru tiba nie, aku nak berkata-kata sikit la.
Jom kita berhijrah! 
ha tu jela. sikit tak? haha
ok la. semoga diri kita tidak leka dan lalai dengan dunia semata mata.
carilah ruang masa untuk sucikan hati tu.
yang berkarat pun boleh berkilat balik.
semoga kita tahun nie lebih baik dari tahun sebelumnya. InsyaAllah ^^

SALAM MAAL HIJRAH 1434

Sekian dari jari yang menaip, wasalam .

0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...