LOVE . LOVE . LOVE

20120806

Ramadan.

Assalamualaikum peeps,

fuh.. lama gila tak ber-update belog neh. 
hampir2 aku nak privatekan je. haha
kesian blog nie. nasib kau la dapat tuan yg ada penyakit M.
dah la M, idea pon tarak muncul. apa mau bikin? haha.

oh. walaupun dah masuk 17 Ramadan, tapi still dalam bulan Ramadan lagi kan?
walaupun dah lebih setengah bulan umat Islam berpuasa, tapi aku nak jugak cakap SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN ^^
semoga dalam bulan yang berkat ni dapatla kita sama2 topup pahala dan remove dosa2 yg lama. insyaAllah~
dan bagi yang berpuasa, selamat berbuka diucapkan. 
untuk yang tidak berpuasa pula, sesungguhnya anda benar2 berada dalam kerugian. haishh ~ ~

bila masuk bulan puasa, aku pun baru la rasa free sikit.
sebab betul2 baru habis final exam untuk first year.
budak U lain dah goyang kaki, aku baru terhegeh2 study utk final.

nak cerita pasal exam?
hmmm. rasanya tak payah la kot.
tengok result tau lah nanti. haha
seram pulak nak tunggu result tak lama lagi. 
bedebau2 hati nie ha..
pejamcelikpejamcelik aku dah pun selamat menjadi lepasan pelajar tahun 1. weee~ *insyaAllah 3 tahun lagi :)

bila dah namanya lambat exam, secara automatiknya 'cuti sekolah' aku akan dipendekkan.
mula2 tu tak puas hati jugakla. tapi bila difikirkan balik takdela nanti aku jadi malas sangat nak blajau balik. sebab cuti pon tak berapa nak lama. dah la U terlampau dekat sangat dengan rumah. 
tak sempat aku nak rasa rindu. haha
kalau malas jugak tu tak tau nak kata apa la kann.  

tapi cuti cuti aku pon ada jugak homework nak kena buat.
kalau tak buat memang mengah la aku nak kejau credit hour untuk grad nanti. 
nama homework aku nie aku panggil LC. nie bukan motor LC tu tau. nie LC Learning Contract.
haaaa! cakap pasal LC nie, aku nak ucapkan TAHNIAH  untuk bakal junior ukm yg akan masuk bulan September 2012 nanti. hohoho
mesti pelik kan. ape kena mengena LC dengan yang masuk ukm?

ehem2. buat freshie2, seronok seronok jugak dapat ukm. tapi once korang dah masuk nanti korang tau la ape kejadahnya benda LC (atau dalam kod kursus, HC) nie.
LC nie untuk kokurikulum.
untuk orang2 yang memang aktif or suka gila join macam2 event, nie adalah berita gumbira untuk korang.
dan korang seharusnya rasa bertuah dan bangga sebab ukm merupakan universiti pertama yang nak sangat student dia hyperactive sebab kena kumpul 8 jam kredit untuk grad. hahaha

8 jam kredit bersamaan 320 jam

dulu time matrik aku tak ambik peduli pun pasal kredit2 nie.
macam merepek je. aku pun takdela heran sangat. hahaha
tapi bila dah masuk U, kredit nie la yg aku selalu dengar dan buat.
risau wooo tak bole grad sebab tak cukup credit hours.

alhamdulillah sebab untuk first year dekat ukm nie aku dah hampir berjaya mengutip 8jam kredit tu.
percaya tak? haha.
dalam masa setahun je dah boleh kumpul semua.
lega lega jugak. tapi usaha kena dasyat la.
teruk jugak nak kumpul credit hour nie. 
penat tak payah nak cakapla.
dah macam final year student dah dia punya busy tu.

peringatan keras!

ok. habis cerita pasal LC yang aku hadap satu minggu kat rumah.
sambung cerita pasal keje2 terluang yg aku buat. haha
jeng jeng jeng...!!


tau tak ape dia nie?
nie la brooch dari kain felt. 
special handmade dari aku untuk aku. hehehe
memang nampak sangat dah takde keje sampai aku buat benda2 macam nie.
dah bosan sangat weyh.. 
nak buat kuih raya mak aku kata tak payah buat. tunjuk tunjuk je nanti.
sebab dia pun dah malas nak buat. macam aku jugak. hoho
daripada tak buat apa baikla aku buat keje yang tak pernah terlintas aku nak buat sebelum nie. haha
yang nie antara brooch yg aku dah buat.
kalau ada nampak macam cacat2 sikit tu biasela. seni namanya tu... XD
lepas nie insyaAllah akan ada yang menyusul lagi.
mungkin dari material yg lain pulak. heee

okay la. cukup repekan untuk kali nie.
alang2 dah 17 Ramadan nie, aku nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN untuk semua muslimin dan muslimat :)
teruskan beribadah dan menghayati kitab kita tu.

................................................

 "Bulan Ramadan adalah (bulan) yang didalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara orang yang benar dan yang batil)"
[Al-Baqarah 2:185]

0 orang comel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...