LOVE . LOVE . LOVE

20111222

saya sayang BONDA saya :)

Assalamualaikum..

fuh...akhirnya kepala otak ni dapat direhatkan selama satu hari sebab esok takde kelas. HAHAHA
terimakasih kepada lecturer2 microbio sebab habeskan silibus cepat *big grin

oke. untuk post kali ni. aku nk cerita pasal BONDA.
bonda ni bukanla bonda yg melahirkan aku.
tapi dia ni sahabat a.k.a bestie merangkap best buddy aku kat matrik dulu.
emm.. aku ni tak habes2 cerita pasal matrik kan? haha
dah matrik je yg best. so aku cerita pasal tu jela.

kenapa BONDA??
sebab dari zaman sekolah menengah dulu dia digelar mggunakan gelaran kerabat istana.
and kat matrik kami menggelarkannya BONDA.
ade lagi satu sebab. tapi tak perlu kot aku bagitau kat sini. hehe

and yes, our bonda ni sangatla caring dan loving kepada anak2nya merangkap aku dan sahabat2 yg lain.
kami sangat dan teramatlah rapat masa kat sana.
oh. sebenarnya aku nak cerita pasal status fb dia.
jauh pulak aku melencong. hehe. maaf maaf.

cube bace ni. 



bila baca je terus rasa sebak. taktau kenape. 
seriously rasa sangat dihargai as one of her friend. eh nope! we're BESTFRIEND. yeah right!
at the same time rase terharu sebab aku diletakkan sbgai orang penting right after her own family.
thank you so much Ida for being a part of my life.
you help me a lot. u give me spirit . banyak sangat.
thank you ALLAH for giving me such a good friend like her.

Ya Allah, semoga Engkau sentiasa melimpahkannya dengan rahmat dan kasih sayangMu.
tiada apa yang terbaek yang dapat aku lakukan melainkan doa untuk kau wahai SAHABAT.
semoga persahabatan kita dalam lindunganNya.

aku teramatlah gembira bila dapat jumpe diorang sume neh.
especially bila dapat kumpul ramai2.
honestly aku cakap yg aku akan rasa sebak setiap kali nak berpisah dgn diorang.
dari hari last matrik dulu sampailah sekarang.
MEREKA la kawan TERBAEK aku.
dan antara yang terbaek itu adalah mereka yang bernama SAHABAT.

When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.

You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.

We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-If they only knew!

I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.

terima kasih sebab bagi aku kenal korang.
and for my BONDA, Ida Syazwani. lots of LOVE from me to you.

20111214

Alasan untuk bertudung . . .


APA??SSH NK PAKAI TUDUNG??
 apa yg susah nya beb, sarung je kot..

APA??LECEH NK PAKAI TUDUNG??
beb, i tgk ramai je gadis yg asalnya free hair tp terus tutup kepalanya dgn selendang sbb fesyen skrg..tp pakai selendang tu kan lg leceh, so no alasan la utk u start dgn pakai tudung..

APA LG??SELEKEH PAKAI TUDUNG??
apa yg selekehnya, kalu you pakai tudung, kene tiup angin pun tudung tu maintain je, x serabai2..tp kalu you x pakai tudung, skali kena tiup angin, fuuuhhh kuusssemangat..hbs rmbut you...serabai gaban...

ADA LG??APA DIA??AGAIN2,APA DIA??PANAS PAKAI TUDUNG??
you pakai tudung mmg la bpeluh, tp bila peluh tu kena angin, sejuknya masyaAllah...menusuk qolbu beb..tp kalu you x pakai tudung, skali seurat rambut you kena api neraka, mnggelegap otak..haaa mana lg panas beb??

SAY WHAT??NK TGGU DPT HIDAYAH DULU BARU NK PAKAI TUDUNG??
xkan ada sesiapa yg dpt mngubah diri kita melainkan diri kita sendiri beb..you nk tggu hidayah kalu you bdoa, i blh la nk trima, tp x doa2 jgk..kalu nk tggu dpt hidayah baru nk brubah, you sdiri pun xtau bila ajal nk mjemput you kan beb..so mana la tau ajal smpai dulu, nauzubillah..

beb, just look at ur surrounding..mana ada ppuan yg pkai tudung x cantik..stakat yg i tgk, smuanya cantik2..so i'm sure kalu you pakai tudung, you akan nmpk cun malatop la beb..

so no alasan to not wearing hijab..stop giving excuses..its never been too late to change..hayya bina..!!


credit goes to bonda Ida :)

BESTNYA JADI WANITA ISLAM :)

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit, akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


Senang betul perempuan Islam nak masuk syurga. tapi senang jugak nak masuk neraka.
Jangan setakat Islam kat IC je ye  =)
Renung renungkan~

20111205

puasa yok!

Barang siapa yang berpuasa hari ini 9 dan esok 10 Muharram (isnin dan selasa),
Fadilatnya diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Niat puasa :
ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺸﺮ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura :)

1) Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2) Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3) Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4) Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5) Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6) Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7) Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8) Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

9) Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11) Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12) Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.

13) Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14) Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.


Oleh itu marilah kita samasama menambah pahala dengan melipat gandakan amalan kita kepadaNya.
semoga ALLAH mempermudahkan segalanya untuk kita
. insyaAllah :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...